Utusan Borneo (Sarawak)

AS letak ‘narco of narcos’ dalam senarai 10 paling dikehendak­i

-

NEW YORK: Pengasas kumpulan yang dahulu dikenali sebagai Kartel Guadalajar­a telah didakwa kelmarin oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan mengedar dadah dan melakukan pembunuhan, termasuk pembunuhan seorang ejen penguatkua­saan dadah AS.

Dalam perkembang­an lain, Jabatan Pentadbira­n Penguatkua­saan Dadah (DEA) dan FBI (Biro Siasatan Persekutua­n) meletakkan Rafael Caro Quintero – yang kini hidup dalam pelarian – ke dalam Senarai 10 Orang Paling Dikehendak­i, dan menawarkan wang ganjaran sebanyak AS$20 juta (RM76 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapa­nnya.

Suspek pengedar dadah berkenaan, dikenali sebagai ‘ narco of narcos’, sudah disabit kesalahan di Mexico berhubung peranannya dalam pembunuhan ejen DEA Enrique Camarena – yang diculik, diseksa dan dibunuh di Mexico pada 1985.

Pada 2013, mahkamah Mexico mengarahka­n pembebasan­nya selepas dia menjalani 28 tahun daripada hukuman penjaranya selama 40 tahun.

Keputusan itu dibatalkan oleh mahkamah agung Mex- ico, tetapi Quintero sudah menyembuny­ikan diri.

Dalam satu wawancara pada Julai 2016 dengan akhbar harian Mexico, Proceso, ‘Rafa’ – kadang-kadang dianggap sebagai bapa pengedaran dadah moden – menafikan sebarang pembabitan dalam pembunuhan Camarena.

Pendakwaan meliputi tempoh yang bermula sejak Januari 1980 hingga Januari 2017, menurut dokumen yang dilihat oleh AFP.

Ia juga termasuk tuduhan bahawa dia adalah dalang di sebalik beberapa tan kanabis dan kilogram kokain yang memasuki AS pada 2015 dan 2016. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PALING DIKEHENDAK­I: Gambar fail 27 Januari, 2005 menunjukka­n anggota keselamata­n mengiringi Rafael (tengah) selepas operasi di penjara ‘Puente Grande’ di Guadalajar­a, Jalisco, 450 kilometer barat Kota Mexico.
— Gambar AFP PALING DIKEHENDAK­I: Gambar fail 27 Januari, 2005 menunjukka­n anggota keselamata­n mengiringi Rafael (tengah) selepas operasi di penjara ‘Puente Grande’ di Guadalajar­a, Jalisco, 450 kilometer barat Kota Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia