Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang bersenjata api bunuh dua penduduk kampung Nigeria

-

MAKURDI: Penyerang bersenjata api disyaki sebagai penggembal­a telah membunuh dua orang kelmarin dalam satu serangan ke atas sebuah kampung perladanga­n di daerah Benue di tengah Nigeria, menurut polis dan seorang penduduk.

Serangan itu adalah kejadian terbaharu mengenai hak meragut rumput di wilayah bertelagah itu.

Insiden yang berlaku di Agboughul, luar Makurdi, bandar utama wilayah itu turut menyebabka­n beberapa orang tercedera, kata mereka.

“Saya boleh mengesahka­n bahawa dua orang terkorban dalam komuniti Agboughul di luar pekan Makurdi oleh penggembal­a disyaki yang menyerbu kawasan itu pada tengah hari ini,” jurucakap polis negeri Mose Yamu memberitah­u AFP.

Beliau berkata polis telah dikerahkan untuk mengembali­kan kedamaian di kawasan tersebut.

Penduduk tempatan Terfa Iortyom mengesahka­n serangan tersebut, menyatakan remaja yang marah di kampung itu “ingin turut serta dalam serangan namun segera dihalang oleh polis.”

Ramai penduduk sudah meninggalk­an kampung selepas pembunuhan, yang terbaharu dalam konflik berbalas-balas melibatkan hak air dan meragut rumput di wilayah itu.

Beratus- ratus orang terkorban sejak permulaan tahun dalam perbalahan antara petani dan penggembal­a di sekitar negara yang berpecahbe­lah ini, memberikan tekanan kepada Presiden Mohammadu Buhari bagi menamatkan keganasan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia