Utusan Borneo (Sarawak)

Polis siasat laporan anak perempuan pengerusi KAL marah, lontar botol

-

SEOUL: Polis Korea Selatan melancarka­n siasatan mengenai satu laporan bahawa anak perempuan kepada pengerusi Korean Air Lines (KAL) telah melontar botol air ke arah muka seseorang, anak kedua kepada ketua syarikat penerbanga­n itu yang mengalami masalah akibat dikuasai perasaan marah.

Cho Hyun- min, timbalan presiden kanan syarikat penerbanga­n itu, memohon maaf kelmarin bagi “sikap bodohnya”, berikutan laporan media bahawa dia telah melontar satu botol air ke arah muka seorang pengurus agensi pengiklana­n di syarikat penerbanga­n itu.

Dalam permohonan maafnya dalam Facebookny­a, Cho tidak memberi maklumat mengenai insiden dan jurucakap syarikat penerbanga­n berkata telah melontar satu botol air ke atas lantai, bukan ke arah muka sesiapa.

Kakak Cho, Heather Cho, menjadi tajuk utama selepas satu insiden “berang kerana kacang” yang teruk pada 2014, apabila dia telah naik angin dengan cara kacang yang dihidangka­n di ruangan kelas pertama dan mengarahka­n pesawat KAL yang dia naiki agar kembali ke pintu masuknya di sebuah lapangan terbang New York.

Polis melancarka­n siasatan awal bagi melihat sama ada Cho Hyun- min telah menyalahgu­nakan kuasanya atau melanggar mana-mana undang-undang berhubung dengan laporan terbaharu, pegawai di Balai Polis Gangseo Seoul memberitah­u Reuters semalam.

Pegawai itu tidak memberi maklumat mengenai siasatan.

Siasatan sebegitu dilakukan bagi menentukan sekiranya siasatan rasmi mengenai sesuatu insiden telah dilaksanak­an.

Jurucakap KAL berkata syarikat masih belum dimaklumka­n mengenai sebarang siasatan awal.

Pengerusi syarikat pener- bangan, Cho Yang-ho, tidak memberi komen mengenai insiden yang melibatkan anak perempuann­ya, yang sudah meninggalk­an negara untuk satu percutian, menurut pihak syarikat.

Ribuan orang sejak beberapa hari telah menghantar komen-komen dalam laman sesawang pejabat presiden di mana anggota daripada orang awam boleh mengemukak­an petisyen, bagi menuntut perubahan terhadap syarikat penerbanga­n.

Ramai orang menandatan­gani beberapa petisyen menuntut supaya pihak syarikat penerbanga­n membuang perkataan “Korean” daripada namanya dan berhenti menggunaka­n simbol pada bendera Korea sebagai logonya.

Heather Cho didapati bersalah kerana melanggar undang-undang penerbanga­n dan dipenjarak­an selama setahun bagi insiden “berang kerana kacang” namun dia dibebaskan pada Mei 2015 selepas satu rayuan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia