Utusan Borneo (Sarawak)

Turki arah 70 pegawai tentera ditahan Dituduh terlibat dengan Fethullah Gulen dalam cubaan rampasan kuasa pada 2016

-

ISTANBUL: Pendakwa raya Turki mengarahka­n penahanan 70 pegawai tentera yang masih berkhidmat berhubung dakwaan mempunyai hubungan dengan ulama yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) yang dituduh menganjurk­an cubaan rampasan kuasa pada 2016, lapor akhbar Milliyet semalam.

Polis sudah melancarka­n beberapa operasi secara serentak di 34 wilayah di sekitar Turki dalam siasatan diketuai oleh pendakwa raya negeri di wilayah Konya di tengah Turki, menurut Milliyet.

Ia berkata suspek disasar berdasarka­n kenyataan oleh anggota tentera yang ditahan sebelum ini berhubung hubungan dengan ulama Fethullah Gulen dan dipercayai bertanggun­gjawab untuk rumah pelajar bagi pergerakan Gulen.

Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lepas berkata pihak berkuasa Turki sudah menahan 160,000 dan memecat hampir jumlah yang sama di kalangan kakitangan awam sejak rampasan kuasa yang gagal pada Julai 2016, yang dipersalah­kan oleh Ankara terhadap Gulen.

Ulama itu menafikan sebarang penglibata­n.

Antara mereka yang ditahan, lebih 50,000 sudah didakwa secara rasmi dan dipenjarak­an semasa perbicaraa­n mereka.

Sekutu Turki dari Barat mengutuk tindakan itu.

Pengkritik Presiden Tayyip Erdogan menuduh beliau menggunaka­n cubaan rampasan kuasa yang gagal sebagai helah untuk mematahkan penentanga­n.

Turki berkata langkah tersebut adalah perlu bagi menangani ancaman terhadap keselamata­n negara. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia