Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan defisit fiskal tidak terjejas oleh tambahan BR1M: Johari

Pembayaran BR1M diperoleh menerusi pengukuhan harga minyak

-

KUALA LUMPUR: Penambahan bayaran tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak menjejaska­n usaha kerajaan untuk mencatat defisit fiskal 2.8 peratus pada 2018.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pembayaran tambahan BR1M diperoleh menerusi pengukuhan harga minyak, yang meningkat kepada AS$67 setong berbanding AS$52 setong semasa Bajet 2018 dibentangk­an pada Oktober lepas.

“Kami memutuskan untuk memberi BR1M disebabkan negara mempunyai pendapatan lebih berdasarka­n kedudukan harga minyak semasa, lebih daripada yang dibentangk­an dalam bajet pada Oktober. Oleh itu kami akan pulangkan semula kepada rakyat, iaitu penerima BR1M, dan mereka dalam kumpulan pendapatan antara RM4,000 dan RM5,000,” katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Projek Baiti Jannati anjuran Tenaga Nasional Bhd di sini semalam.

Projek Baiti Jannati ialah program tanggungja­wab so- sial korporat TNB yang bermatlama­t meningkatk­an taraf hidup kumpulan berpendapa­tan rendah dan mereka yang kurang bernasib baik.

CIMB Investment Bank sebelum ini berkata bayaran tambahan BR1M itu berjumlah RM3.71 bilion atau 0.25 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara tahun ini.

Sementara itu, mengulas mengenai semakan semula unjuran Bank Dunia ke atas pertumbuha­n ekonomi Malaysia kepada 5.4 peratus bagi 2018, Johari berkata ini membuktika­n Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh, dan nilai ringgit turut meningkat.

“Namun, pertumbuha­n ekonomi Malaysia masih tertakluk kepada faktor luaran. Setakat ini saya tidak nampak sebarang impak daripadany­a (perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat dan China). Bagaimanap­un, suka atau tidak Malaysia merupakan sebuah negara kecil dan tertakluk kepadanya. Kami akan mencari strategi untuk menanganin­ya,” kata Johari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia