Utusan Borneo (Sarawak)

Legoland akan lancar ‘Lego Star Wars Speed Build Challenge’ terbesar di Asia

-

PETALING JAYA: Keseronoka­n berterusan di Legoland Malaysia Resort dengan pelbagai pengalaman hebat Star Wars yang akan menampilka­n cabaran yang julung kali diadakan dan terbesar di Asia, ‘Lego Star Wars Speed Build Challenge’ pada 21 April hingga 13 Mei ini.

Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort Kurt Stocks berkata program tiga minggu ‘Lego Star Wars Days’ bakal menyaksika­n keluarga yang mengambil bahagian menunjukka­n kemahiran mereka membina ‘Star Wars’ X-wing Starfighte­r’ dalam cabaran pantas membina.

Pada akhir cabaran, pembina terpantas akan menerima set edisi terhad Lego Star Wars 75192 Millennium Falcon, bernilai RM3,499 yang ditandatan­gani pereka asal, Hans Burkhard Schlomer.

Produk laris Lego Star Wars yang lain juga akan diberikan kepada pemenang harian setiap Jumaat dan Sabtu serta pada hari-hari tertentu semasa Lego Star Wars Days.

Peserta yang berminat, keluarga yang terdiri daripada dua hingga empat orang, hanya perlu mendaftar di taman tema Lego Mindstorm Legoland Malaysia, di Johor Bahru.

Stocks berkata tradisi tahunan taman tema, ‘ Star Wars Imperial March’ yang terbesar di rantau ini, akan menyaksika­n perhimpuna­n lebih 80 peminat dengan kostum watak filem Star Wars berarak di Legoland Malaysia Resort pada 28 dan 29 April ini.

“Pameran model ‘miniland’ dalaman Lego Star Wars terbesar di Asia hanya boleh didapati di Legoland Malaysia Resort, di mana model dibina dengan lebih daripada 1.5 juta kepingan Lego,” katanya pada taklimat media di sini kelmarin.

Sementara itu, Pengurus Lego Trading Malaysia, Ronald Kloppenbur­g berkata 10 unit simpanan Stok ( SKU) produk Lego Star Wars akan dijual mulai 28 April, di Legoland Malaysia Resort, cawangan Toys ‘R’ Us dan lapan kedai Lego dalam negara.

Maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti Legoland Malaysia Resort boleh didapati di laman web www.legoland. com.my. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Kurt (dua kiri) dan Pengurus Lego Trading Malaysia Ronald Kloppenbur­g (dua kanan) semasa sidang media kelmarin ‘Lego Star Wars Days’ pada April 21 hingga 13 Mei di Taman Tema Legoland Malaysia, Johor Bahru.
— Gambar Bernama LANCAR: Kurt (dua kiri) dan Pengurus Lego Trading Malaysia Ronald Kloppenbur­g (dua kanan) semasa sidang media kelmarin ‘Lego Star Wars Days’ pada April 21 hingga 13 Mei di Taman Tema Legoland Malaysia, Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia