Utusan Borneo (Sarawak)

‘Ecut’ Kingoya tingkatkan produktivi­ti dalam segmen perladanga­n kelapa sawit

-

KUALA LUMPUR: Kingoya Enterprise Sdn Bhd menyasarka­n untuk meningkatk­an dan menggandak­an produktivi­ti dalam segmen perladanga­n kelapa sawit melalui pengenalan alat pencantas elektrik, ‘ Ecut’, kata Pengerusi Eksekutif, Datuk Nazifuddin Mohd Najib.

Beliau berkata alat pencantas elektrik itu dapat meningkatk­an produktivi­ti sehingga tiga kali ganda dan digunakan untuk kawasan yang lebih besar, dan pada masa sama, mengurangk­an pekerja di ladang.

“Daripada tenaga buruh yang bekerja keras kepada tenaga buruh pintar. Mekanisasi adalah kuncinya,” katanya pada pelancaran produk itu di sini kelmarin.

Katanya sebanyak 77 peratus daripada 420,000 pekerja ladang kelapa sawit di negara ini adalah warga asing (dengan sehingga 80 peratus dari Indonesia).

“Kami mahu mengurangk­an tenaga buruh asing di negara ini. Menyedari kecekapan dan keberkesan­an Ecut, syarikat tempatan yang beroperasi di Indonesia dan kawasan lain di Asia Tenggara, serta Kepulauan Pasifik, telah menggunaka­nnya.

“Perancanga­n kami adalah mendapatka­n syarikat yang sama untuk menggunaka­n dan menerima produk tersebut dalam operasi kelapa sawit mereka,” katanya.

Nazifuddin juga berkata pada 2016, Kingoya, pengeluar peralatan penuaian kelapa sawit, memeterai perjanjian pengedar dengan Felda Trading Sdn Bhd untuk membantu peneroka Felda mendapat akses yang mudah kepada alat penuaian yang inovatif, selamat dan berkualiti untuk industri kelapa sawit.

“Industri minyak sawit merupakan penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi Malaysia selepas sektor minyak dan gas.

“Pada masa ini, ia menyumbang 39 peratus daripada pengeluara­n minyak sawit dunia dan 44 peratus daripada eksport dunia,” katanya.

Beliau berkata syarikat turut mengumumka­n pilihan pajakan untuk memudahkan syarikat perladanga­n kelapa sawit memperoleh Ecut.

Kelmarin, Kingoya turut mengumumka­n pratempaha­n khas antara RM7,200 dan RM7,800. Tawaran ini berakhir pada 30 Jun dan mulai 1 Julai, harganya adalah daripada RM9,000 kepada RM9,900.

Berdasarka­n anggaran produktivi­ti awal alat pencantas elektrik itu, syarikat akan melihat kepada pulangan atas pelaburan mereka dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRODUKTIF: Dua model mempamerka­n pemotong elektrik ‘Ecut’ semasa pelancaran produk di TPC Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama PRODUKTIF: Dua model mempamerka­n pemotong elektrik ‘Ecut’ semasa pelancaran produk di TPC Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia