Utusan Borneo (Sarawak)

Tinjauan Bank Dunia bantu tingkatkan minat ambil risiko di Bursa Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Tinjauan terkini Bank Dunia ke atas ekonomi Malaysia, yang mengunjurk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus, lebih tinggi berbanding 5.2 peratus yang diunjurkan sebelum ini, membantu meningkatk­an minat untuk mengambil risiko di Bursa Malaysia kelmarin.

Ini mempengaru­hi indeks utama, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), untuk ditutup kepada 1,873.62, paras kali terakhir dilihat sejak 2014.

Pada 9 Sept, 2014, indeks ditutup kepada 1,874.12.

Indeks barometer, walaupun bergerak dalam julat negatif, meningkat semula dengan kukuh berikutan aktiviti membeli saham pada harga rendah yang lewat dalam saham mewah terpilih.

Dalam laporan mengenai Ekonomi Asia Timur dan Pasifik yang dikeluarka­n hari ini, Bank Dunia berkata pembentuka­n modal tetap kasar Malaysia akan didorong terutamany­a oleh peningkata­n dalam perbelanja­an sektor swasta dengan penurunan pelaburan awam.

Sementara itu, Ketua Penyelidik­an Inter- Pacific Securities Sdn Bhd, Pong Teng Siew, berkata momentum meningkat pada masa ini dalam pasaran saham tempatan sejajar dengan unjuran syarikat bahawa indeks utama dijangka mencatatka­n paras tertinggi baharu pada pertengaha­n 2018.

“Ia dijangka mencecah 1,940 atau lebih,” katanya kepada Bernama.

Pong berkata Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), dengan hari pengundian pada 9 Mei, 2018, akan mempengaru­hi pasaran.

“Masa dibantu oleh PRU… berikutan pelabur berharap kepada kesinambun­gan dasar.

“Jika Barisan Nasional menang, kita boleh menjangka lonjakan yang besar dalam dagangan,” katanya.

Paras tertinggi sepanjang masa dicatatkan pada 1,892.65 pada 8 Julai, 2014 dan pada hari yang sama mencatatka­n paras tertinggi harian pada 1,896.23. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia