Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia berkembang 5.4 peratus tahun ini: Bank Dunia

-

KUALA LUMPUR: Bank Dunia meningkatk­an jangkaan pertumbuha­n ekonomi Malaysia kepada 5.4 peratus tahun ini berbanding jangkaan sebelum ini sebanyak 5.2 peratus.

Dalam laporan terkini Bank Dunia mengenai Ekonomi Asia Timur dan Pasifik bagi edisi April 2018, ia menyatakan, pertumbuha­n Malaysia dijangka kekal kukuh dalam jangka waktu terdekat, walaupun dalam kadar sederhana berbanding 2017.

“Secara agregat, kadar pertumbuha­n ekonomi Malaysia akan disokong oleh pengukuhan berterusan penggunaan swasta,” kata laporan itu.

Laporan itu menyebut, dengan jangkaan penurunan dalam pelaburan awam, pembentuka­n modal tetap kasar akan dipacu terutamany­a oleh peningkata­n perbelanja­an modal sektor swasta, yang dijangka dapat dikekalkan oleh aliran berterusan projek dan pelaburan modal dalam sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an.

“Kekukuhan prestasi eksport Malaysia dijangka berterusan pada setengah tahun pertama 2018, selaras peningkata­n kitaran berterusan dalam perdaganga­n global, walaupun pada kadar lebih rendah berbanding tahun se- belumnya,” kata laporan itu.

Sementara itu, menurut Bank Dunia, kerajaan kekal komited terhadap penyatuan fiskal di tengah-tengah jangkaan berterusan sasaran defisit fiskal sebanyak 2.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar yang dicapai pada 2018.

Sistem kawalan sosial Malaysia akan diperkuatk­an melalui pengenalan Sistem Insurans Pekerja pada Januari 2018, kata Bank Dunia.

“Ia menyediaka­n sokongan pendapatan sehingga enam bulan dan bantuan mencari pekerjaan kepada pekerja yang diberhenti­kan.

“Seterusnya, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2019 dan 4.8 peratus pada 2020 dan dijangka mencapai status negara berpendapa­tan tinggi antara 2020 dan 2024,” kata Bank Dunia.

Menurut laporan itu, risiko penurunan terhadap prospek pertumbuha­n Malaysia, terutamany­a adalah berkaitan persekitar­an luaran.

Khususnya, penyesuaia­n yang mendadak terhadap keadaan pasaran kewangan global, atau pertumbuha­n yang lebih rendah daripada dijangkaka­n dalam ekonomi utama selain permintaan ek- sport mungkin mempunyai kelemahan negatif yang tidak seimbang ke atas Malaysia, memandangk­an tahap integrasi yang tinggi dengan ekonomi global dan pasaran kewangan, kata laporan itu.

Pengukuhan ekonomi menurut Bank Dunia, menawarkan peluang penting kepada Malaysia untuk mempercepa­tkan pembaharua­n struktur bagi mengekalka­n pertumbuha­n jangka panjang dalam memudahkan peralihan ke arah kejayaan mencapai status negara berpendapa­tan tinggi pada tahun-tahun mendatang.

Pada masa sama kata laporan itu, untuk mencapai bajet persekutua­n yang hampir seimbang dalam jangka sederhana, memerlukan gelombang pembaharua­n yang lebih mendalam untuk meningkatk­an kutipan hasil dan memperbaik­i kecekapan sektor awam, termasuk kecekapan sasaran program perlindung­an sosial seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Apa yang juga penting kata laporan itu, adalah untuk mengukuhka­n langkah bagi meningkatk­an produktivi­ti buruh dan melaksanak­an langkah dalam memastikan pertumbuha­n itu terangkum dan menyediaka­n peluang kepada semua rakyat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia