Utusan Borneo (Sarawak)

Saham syarikat penerbanga­n atasi pasaran ekuiti pada Mac 2018

-

KUALA LUMPUR: Saham syarikat penerbanga­n masih mengatasi indeks ekuiti yang lebih meluas pada Mac 2018, yang susut sebanyak 2.4 peratus pada bulan tersebut, menurut Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) semalam.

Persatuan perdaganga­n untuk syarikat penerbanga­n dunia itu berkata saham syarikat penerbanga­n merosot 2.0 peratus pada Mac, iaitu kurang daripada pasaran ekuiti.

“Melihat turun naik setiap bulan, saham syarikat penerbanga­n meningkat sebanyak 22 peratus berbanding tahun lepas, mengatasi dengan mudah keseluruha­n pasaran ekuiti, yang naik hampir 13 peratus,” menurut IATA dalam laporan Pemantauan Kewangan Syarikat Penerbanga­n bagi Februari dan Mac 2018.

Hasil bercampur-campur di peringkat serantau dengan saham syarikat penerbanga­n Amerika Utara susut hanya 0.6 peratus pada Mac, manakala saham syarikat penerbanga­n Eropah dan Asia Pasifik, masing-masing turun 2.0 peratus dan hampir 4.0 peratus.

Walaupun penurunan yang besar pada Mac, saham syarikat penerbanga­n Asia Pasifik masih kukuh dengan 3.2 peratus lebih tinggi sejak awal tahun ini, dengan prestasi terkini mereka disokong oleh hasil dalam segmen kargo udara yang terus kukuh.

Aliran tunai bebas seluruh industri dalam sampel IATA melibatkan 47 syarikat penerbanga­n naik kepada -2.8 peratus daripada pendapatan pada suku keempat 2017, meningkat berbanding -6.7 peratus dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia