Utusan Borneo (Sarawak)

Meningkat 8.26% dalam jumlah aset pelaburan kepada RM791.48b

-

KUALA LUMPUR: Caruman tahunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2017 meningkat 6.38 peratus kepada RM65.52 bilion berbanding jumlah pengeluara­n RM49.40 bilion, menyebabka­n aliran masuk bersih RM16.12 bilion untuk tahun berkenaan.

KWSP, dalam satu kenyataan semalam berkata, Laporan Tahunan 2017 yang dikeluarka­n semalam telah dibentangk­an di Dewan Rakyat pada 3 April 2018.

Laporan itu menunjukka­n peningkata­n 8.26 peratus dalam jumlah aset pelaburan kepada RM791.48 bilion berbanding RM731.11 bilion pada 2016, katanya.

Menurutnya, ini adalah berdasarka­n caruman ahli sebanyak RM768.51 bilion setakat 31 Disember 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, pada keseluruha­nnya 2017 adalah tahun yang baik buat KWSP kerana telah mencapai kemajuan yang besar dalam memenuhi keperluan ahli serta telah memperkena­lkan lebih banyak penambahba­ikan kepada saluran dalam talian.

“Buat pertama kalinya kami mengumumka­n keputusan pelaburan dan kadar dividen bagi simpanan syariah.

“KWSP mengakhiri tahun kewangan dengan mencatat pendapatan pelaburan kasar tertinggi dengan pulangan atas pelaburan kasar sebanyak 7.30 peratus, peningkata­n 18 mata asas berbanding 2016,” katanya.

Menurut beliau, portal eCaruman KWSP juga bakal mencapat kadar penggunaan 100 peratus dalam kalangan majikan, di mana saluran dalam talian tersebut terbukti berkesan dalam membantu majikan mengemas kini butiran caruman pekerja dan membayar caruman dalam masa yang telah ditetapkan.

Tahun lepas, katanya, KWSP membuat beberapa inisiatif untuk mempersiap­kan diri untuk masa depan dalam memenuhi permintaan yang berubah dari ahli dan majikan serta mewujudkan infrastruk­tur digital yang sangat kukuh.

“Semua inisiatif ini akan membolehka­n kami melaksanak­an tugas dengan berkesan untuk menjaga dan memelihara nilai simpanan ahli kami dan tetap relevan dengan ahli dan majikan,” katanya.

Shahril berkata, dana itu bangga dengan prestasi secara keseluruha­n 2017 kerana bukan sahaja dapat mencatat dividen yang baik, ia juga dapat memenuhi permintaan ahli dan membantu majikan memenuhi kewajipan mereka.

Mengenai prospek kewangan, Shahril berkata, dana itu menjangka kemeruapan pasaran yang berterusan dan ketidakten­tuan politik untuk tahun akan datang bagi kedua-dua bahagian domestik dan global.

“Bagaimanap­un, kami melihat ini sebagai peluang untuk mengekalka­n prestasi kewangan dan meningkatk­an pulangan pelaburan dalam jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, KWSP berkata, daripada pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM53.14 bilion yang dijana untuk tahun tersebut, lebih 40 peratus daripadany­a disumbangk­an pelaburan luar negara KWSP yang merangkumi kurang daripada 28 peratus daripada portfolio pelaburann­ya.

KWSP mencatatka­n prestasi keseluruha­n yang kukuh di semua kelas aset dalam portfolion­ya, sebahagian besarnya didorong oleh pelaburan dalam ekuiti global yang mendapat manfaat daripada keadaan pasaran yang lebih baik, katanya.

Ia berkata, setakat 31 Disember 2017, jumlah aset pelaburan dana itu berjumlah RM791.48 bilion.

Portfolio ekuiti, yang membentuk 42 peratus daripada jumlah aset pelaburan KWSP, menjana RM31.47 bilion untuk tahun itu, katanya.

KWSP sebelum ini mengisytih­arkan kadar dividen 6.90 peratus untuk simpanan konvension­al melibatkan agihan dividen RM44.15 bilion dan 6.40 peratus untuk simpanansy­ariah dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

“Secara keseluruha­n, pembayaran dividen bagi 2017 berjumlah RM48.13 bilion, yang merupakan peningkata­n sebanyak 29.80 peratus berbandijn­g 2016,” katanya.

Ia berkata, jumlah permohonan pengeluara­n meningkat sebanyak 3.84 peratus kepada 2.45 juta, di mana 2.32 juta permohonan diluluskan dengan pengeluara­n sebanyak RM49.40 bilion melalui pelbagai skim pengeluara­n.

KWSP berkata, mulai suku ketiga 2017, ia menjalanka­n pengklasif­ikasian data ahli dan majikan untuk menyusun semula datanya mengikut peruntukan Akta KWSP 1991.

Objektif utama pengkelasi­fikasian semula itu adalah untuk membezakan antara akaun ahli yang mempunyai simpanan dan akaun ahli tiada simpanan (akaun dorman), katanya.

“Di samping itu, individu dan badan yang termasuk dalam takrif Akta KWSP 1991 akan diklasifik­asikan sebagai ‘majikan’, manakala mereka yang bekerja dalam sektor tidak rasmi diklasifik­asi sebagai ‘bekerja sendiri’.

“Berikutan pengkelasi­fikasian semula itu, jumlah ahli KWSP pada 31 Disembr 2017 adalah 13.79 juta, di mana 7.11 juta ditakrifka­n sebagai aktif (menyumbang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan yang lalu) manakala jumlah majikan mencarum adalah 494,945,” katanya.

KWSP berkata, agenda digital dan tumpuan berterusan ke atas penambahba­ikan proses telah membuahkan hasil cemerlang dalam pengurusan kos.

Pada 26 mata asas setiap aset di bawah pengurusan, KWSP kekal sebagai salah satu pengurus dana paling cekap di dunia, katanya.

Ia berkata, terdapat juga peningkata­n kecekapan dalam perkhidmat­an ahli dan majikan dengan 93 peratus (60.68 juta) transaksi telah dijalankan melalui pelbagai saluran elektronik dan khidmat sendiri, berbanding 91 peratus (55.41 juta) 2016.

“Aplikasi mudah alih iAkaun ahli KWSP juga telah dipertingk­atkan lagi untuk memasukkan antara muka pengguna yang memaparkan penyata KWSP baharu, push notificati­ons, secured inbox dan soalan lazim simpanan syariah.

“Jelas sekali, i- Akaun menjadi pilihan dalam urus niaga dengan KWSP dengan kenaikan 40 peratus dalam pendaftara­n kepada 4.70 juta berbandinn­g 3.36 juta pada tahun sebelumnya,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TEMUI KAMI: Pengurus pemasaran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd Kho Chong Tak (tiga kanan), pengurus jualan Choon Hua Trading Corporatio­n Sdn Bhd Toh Ming Liang (dua kanan) serta para wakil jualan Anmum Essential mempamerka­n rangkaian produk Anmum di...
TEMUI KAMI: Pengurus pemasaran Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd Kho Chong Tak (tiga kanan), pengurus jualan Choon Hua Trading Corporatio­n Sdn Bhd Toh Ming Liang (dua kanan) serta para wakil jualan Anmum Essential mempamerka­n rangkaian produk Anmum di...
 ??  ??
 ??  ?? MUDAH: Hii melakukan transaksi pembayaran tanpa tunai menggunaka­n aplikasi Maybank QRPay di Delta Mall Sibu sambil disaksikan Shirley (tiga kiri) dan kakitangan pasar raya.
MUDAH: Hii melakukan transaksi pembayaran tanpa tunai menggunaka­n aplikasi Maybank QRPay di Delta Mall Sibu sambil disaksikan Shirley (tiga kiri) dan kakitangan pasar raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia