Utusan Borneo (Sarawak)

Digi catat keuntungan bersih lebih tinggi pada suku pertama berbanding tahun 2017

-

KUALA LUMPUR: Digi. Com Bhd mencatatka­n peningkata­n keuntungan bersih kepada RM386.11 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2018, berbanding RM373.11 juta tahun sebelumnya.

Perolehan pada suku berkenaan meningkat kepada RM1.63 bilion berbanding RM1.57 bilion sebelumnya, manakala keuntungan sesaham meningkat kepada 4.97 sen berbanding 4.8 sen.

Digi mengisytih­arkan divi- den interim pertama sebanyak 4.9 sen sesaham membabitka­n pembayaran sebanyak RM381 bilion yang dibayar kepada pemegang saham pada 29 Jun, 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif, Albern Murty, berkata syarikat berkenaan berjaya memperbaik­i margin dan pulangan dengan pendapatan dipacu oleh mementum langganan yang kukuh terhadap perkhidmat­an internet dan digitalnya yang ditawarkan melalui pascaba- yar, prabayar, perusahaan dan perniagaan digital baharu.

Albern menambah, syarikat berkenaan membuat pelaburan yang kukuh untuk untuk mempercepa­tkan penggunaan portfolio spektrum strategik bagi meningkatk­an kualiti, prestasi dan kapasiti rangkaian 4G Plus, manakala disiplin kos dan kecekapan operasi telah dan akan terus menjadi sebahagian cara syarikat mencipta nilai.

Syarikat berkenaan melabur sebanyak RM181 juta untuk perbelanja­an modal atau 12.2 peratus daripada perolehan perkhidmat­an untuk meningkatk­an evolusi jangka panjang 4G dan jejak rangkaian LTE-A kepada masing-masing 88 peratus dan 57 peratus dan lebih 8,200 kilometer rangkaian gentian di seluruh negara.

Hutang bersih Digi terhadap keuntungan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan nisbah pelunasan, kekal baik pada 0.8 kali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia