Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala, pantau faktor risiko terhadap NCD: Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Pengabaian amalan pemakanan dan gaya hidup sihat faktor utama kepada peningkata­n jumlah penyakit tidak berjangkit ( NCD) dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, NCD seperti darah tinggi, diabetes, obesiti dan sakit jantung berkait rapat dengan dua perkara tersebut.

“NCD yang dikenali sebagai penyakit kronik berkaitan diet menyumbang kepada tiga perempat daripada jumlah kematian di Malaysia.

“P e n y u m b a n g terbesar adalah penyakit kardiovask­ular termasuk serangan jantung, strok, kanser dan kencing manis,” ujarnya pada Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Jubli Emas di sini, semalam.

Turut hadir i alah Pegawai Daerah Limbang

Dr Abdul Rahman Ismail Menteri Muda Pertanian

Jamalie Busri, Pegawai K e s i h a t a n B a h a g i a n Limbang Dr Nanthakuma­r Thirunavuk­karasu serta tetamu lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu berkata lagi, peratusan obesiti turut meningkat pada kadar membimbang­kan, bukan saja dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga kanak-kanak.

“Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi (NHMS) pada 2015 telah melaporkan bahawa hampir 50 peratus pendudukMa­laysiaberl­ebihan berat badan atau obes.

“Kajian lain, kanak-kanak sekolah rendah dan menengah di negara ini juga melaporkan peratusan tinggi hampir 30 peratus berat badan dan obesiti dalam kalangan mereka,” ujarnya lagi.

Dr Abdul Rahman berkata, faktor risiko lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi juga menunjukka­n trend membimbang­kan.

“Malangnya, ramai rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa mereka sudah dibebani dengan faktor risiko ini,” ujarnya.

Justeru katanya, sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia menyedari bahawa berat badan berlebihan dan obes meningkatk­an risiko seseorang untuk mendapat NCD.

Rakyat Malaysia katanya, perlu menjalani pemeriksaa­n kesihatan secara berkala untuk memantau faktor risiko mereka terhadap NCD.

“Satu-satunya pilihan rakyat Malaysia adalah untuk makan secara sihat dan menjalani gaya hidup aktif.

“Perubahan ini adalah satu kewajipan dan kita harus bermula sekarang dan seawal usia,” ujarnya.

 ??  ?? SIHAT SEMUA: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) bersama Jamalie (dua kiri), Dr Nanthakuma­r (dua kanan) dan tetamu lain merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Jubli Emas Limbang, semalam.
SIHAT SEMUA: Dr Abdul Rahman (tiga kiri) bersama Jamalie (dua kiri), Dr Nanthakuma­r (dua kanan) dan tetamu lain merasmikan Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Negeri Sarawak di Dataran Jubli Emas Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia