Utusan Borneo (Sarawak)

RELA bantu PDRM kawal aliran trafik pada hari pengundian

-

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan dijangka dapat mengumumka­n senarai calonnya yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebelum 25 April ini, kata Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata kesemua nama calon itu sudah dimuktamad­kan dan pihaknya percaya calon yang ditampilka­n itu dapat menyaingi calon daripada parti lain.

“Kita kemukakan calon yang terbaik bagi berdepan cabaran calon parti lawan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dataran Tok Pa dan Astaka Padang Perdana di Jalan Dato’ Pati di sini, semalam.

Dataran tersebut dimulakan pembinaann­ya pada 16 Jun 2016 dan siap pada 31 Nov 2016 dengan kos sebanyak RM450,000.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dilaporkan menyatakan PAS Kelantan dijangka mem- buat pengumuman calon-calonnya yang akan bertanding pada PRU14 antara 23 April hingga 25 April, iaitu agak lewat berbanding pengumuman PAS Pusat iaitu pada 19 April.

Mengenai Manifesto BN Kelantan, Mustapa berkata antara tumpuan utama manifesto tersebut adalah untuk membela golongan belia dan membangunk­an hartanah di negeri ini.

Beliau berkata manifesto BN Kelantan sudah diluluskan secara fizikal dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon.

Mustapa berkata kerajaan negeri perlu mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan kerajaan persekutua­n supaya lebih banyak projek pembanguna­n untuk rakyat dapat dilaksanak­an di negeri ini.

Beliau berkata sekiranya rakyat memberi mandat kepada BN untuk kembali mentadbir negeri ini sudah tentu banyak lagi pembanguna­n boleh dilaksanak­an di negeri ini dengan sokongan padu daripada kerajaan persekutua­n. — Bernama BAGAN DATUK: Pegawai dan anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) diberikan tanggungja­wab untuk membantu anggota polis trafik mengawal lalu lintas semasa hari pengundian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata cadangan itu diluluskan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim setelah Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin mengemukak­an cadangan itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata cadangan itu diluluskan berikutan pihaknya tidak mahu kejadian provokasi pada pilihan raya umum sebelum ini berulang.

“Lalu lintas akan terus dijaga oleh polis trafik tetapi dibantu RELA. Mereka (RELA) bukan mahu ambil alih peranan polis tetapi sekadar membantu polis trafik sahaja.

“Kita tidak mahu lagi ada pihak yang menghalang kenderaan yang membawa pengundi seperti yang terjadi dalam PRU12 dan 13 lalu,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari RELA ke-46 peringkat negeri Perak di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Alwi dan Zulkifli.

Lebih 5,000 anggota dan pegawai RELA seluruh negeri hadir pada sambutan yang diadakan di Waterfront Bagan Datuk.

Dalam sidang media kemudianny­a, Ahmad Zahid menjelaska­n tidak ada istilah pengundi hantu sebagaiman­a didakwa sesetengah pihak kerana pengundi yang datang untuk mengundi bukan sahaja pengundi tempatan, malah juga pengundi yang tinggal di luar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

“Daripada laporan yang dibuat oleh pihak PDRM, kita dapati beberapa hotspot dan kawasan flash point terdapat usaha menghalang kenderaan-kenderaan pengundi untuk datang bawa pengundi.

“… maka untuk mengelak keadaan itu, kita telah minta pihak polis supaya tidak memihak, sebaliknya dengan membenarka­n mereka menterjema­hkan proses demokrasi, maka kita harap lalu lintas akan berjalan dengan lancar dan tidak ada provokasi dilakukan sebagaiman­a PRU lalu,” katanya.

Ahmad Zahid juga berkata sumbangan anggota RELA yang merupakan benteng kedua keselamata­n negara itu akan mengurangk­an beban yang digalas PDRM, terutama di bahagian lalu lintas pada hari pengundian, 9 Mei ini.

Ahmad Zahid turut menegaskan tujuan RELA menbantu kawalan lalu- lintas semasa hari pengundian bukan bertujuan mengambil peranan polis.

“Mengikut SOP (prosedur operasi standard) PDRM, setiap masa mesti ada polis trafik. Mungkin jumlah mereka sedikit berbanding jumlah kenderaan datang dan keluar, maka inilah tugas RELA membantu anggota trafik.

“Mereka tidak akan sesekali mengambil alih sepenuhnya tugas polis trafik bagi menjaga lalu lintas,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Mustapa (empat kiri) melawat Dataran Tok Pa selepas menyempurn­akan perasmiann­ya di Kota Bharu semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Mustapa (empat kiri) melawat Dataran Tok Pa selepas menyempurn­akan perasmiann­ya di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia