Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal berdepan Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabang­sa El Gouna

-

SEPANG: Belumpun reda kepenatan menghadapi saingan acara skuasy pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, pemain skuasy lelaki utama negara Mohd Nafiizwan Adnan bakal berdepan saingan Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabang­sa El Gouna di Mesir bermula 20 hingga 27 April ini.

Selain kejohanan itu, beliau dan juga pemain skuasy negara yang lain, akan menyertai kejohanan Terbuka Britain pada 15 hingga 20 Mei dan Terbuka Guatemala pada 2 hingga 7 Julai.

“Melalui kejohanan-kejohanan ini, saya akan cuba kutip mata untuk menentukan kedudukan ‘seeding’ dalam Sukan Asia nanti. Kalau mendapat seeding yang baik, saya mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatka­n pingat buat Malaysia,” katanya kepada Bernama sejurus tiba dari Gold Coast di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) awal pagi semalam.

Mohd Nafiizwan pulang awal daripada rakan-rakan sepasukan yang lain sebaik TERBAIK: Nafiizwan menunjukka­n pingat gangsa yang diraih pada temasya Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia selepas tiba di klia2, semalam.

Apa pun saya perlu berusaha lebih kuat lagi untuk menghasilk­an pingat. Berbanding dengan Sukan Asia, persaingan di Komanwel lebih sukar. Mohd Nafiizwan Adnan Pemain tenis negara

sahaja menamatkan saingan beregu lelaki bersama Ivan Yuen di pusingan 1/16 pada Rabu lepas untuk berangkat ke Mesir hari ini.

“Kebanyakan pemain yang beraksi di Sukan Komanwel akan turut bertanding dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabang­sa El Gouna. Saya pasti mereka akan keletihan. Sebab itu saya pulang awal untuk melakukan persediaan,” kata pemain yang akan menjangkau usia 32 tahun pada 24 April ini.

Kejayaan untuk meraih pingat pada penampilan terakhir di temasya Sukan Komanwel adalah suatu impian yang kini sudah menjadi kenyataan buat Mohd Nafiizwan, yang kini menghuni kedudukan ke-35 ranking dunia.

“Sukan Komanwel Gold Coast adalah yang ketiga bagi saya dan ia adalah yang terakhir bagi saya. Saya amat bersyukur kerana akhirnya berjaya menghadiah­kan pingat buat negara dan pingat yang pertama dalam kategori lelaki sejak 1998,” katanya.

Menurut pemain yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu itu, jadual latihan dan persiapan ke arah Sukan Asia pada Ogos nanti adalah mengikut jadual.

“Apa pun saya perlu berusaha lebih kuat lagi untuk menghasilk­an pingat… Berbanding dengan Sukan Asia, persaingan di Sukan Komanwel adalah lebih sukar,” katanya.

Mohd Nafiizwan mencipta sejarah tersendiri dengan memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel, yang mana sejak acara skuasy dipertandi­ngkan buat pertama kali pada edisi di Kuala Lumpur pada 1998, tiada pemain lelaki Malaysia yang berjaya meraih sebarang pingat. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia