Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS, SACOFA BANTU TINGKATKAN LITERASI DIGITAL MASYARAKAT NELAYAN

-

UNIVERSITI Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama Sacofa Sdn Bhd berjaya melaksanak­an bengkel ‘Scratch Programmin­g for Kids’ dan ‘Pengenalan kepada Perniagaan dan Digital Dunia’ di Kampung Pasir Salak pada 31 Mac hingga 1 April, baru-baru ini.

Menurut kenyataan media, lebih 46 peserta termasuk 36 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Salak berusia 11 hingga 12 tahun mengambil bahagian dalam keduadua acara yang bertujuan untuk meningkatk­an literasi digital masyarakat nelayan.

Bagi Scratch Programmin­g for Kids, peserta didedahkan kepada ‘drag-anddrop’, ‘block-based’ dan pengaturca­raan bahasa di mana mereka belajar untuk membuat animasi mudah dan membangunk­an permainan.

Mereka juga diperkenal­kan kepada mBOT, sebuah robot pendidikan yang boleh diprogramk­an, di mana para peserta mengawal pergerakan­nya melalui blok pengatur drag-and-drop.

Bagi bengkel Pengenalan kepada Perniagaan dan Digital Dunia, peserta diperkenal­kan kepada pengetahua­n asas dalam perniagaan dan strategi dalam pemasaran melalui platform media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Mereka juga didedahkan kepada aplikasi digital yang dapat membantu mereka mengedit imej produk untuk menjadikan ia lebih menarik kepada pelanggan berpotensi.

Syarikat infrastruk­tur komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) dari Sarawak, Sacofa Sdn Bhd telah mendirikan sebuah menara telekomuni­kasi di Pulau Salak bagi menyediaka­n akses WiFi percuma ke laman web terpilih di pulau itu.

Ia adalah sebahagian daripada sumbangan tanggungja­wab sosial korporat mereka kepada masyarakat nelayan yang boleh diakses dengan menaiki bot selama 15 minit dari Pasir Pandak.

Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT) mengadakan bengkel di kampung dengan dibantu oleh pelajar-pelajar fakulti.

FCSIT UNIMAS, dipilih sebagai salah satu pusat Pusat CPD MyDigital Maker (MYDM) di bawah kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDec).

Peranan Pusat CPD MYDM adalah untuk meningkatk­an kesediaan dalam pengetahua­n digital menerusi program perakuan pengajaran komputasi (CT) dan sains komputer (CS) untuk guru, program jangkauan berdasarka­n pembuatan digital, pengaturca­raan dan robotik untuk pelajar sekolah dan sebagai rujukan kepada pencipta digital di #Sarawak.

 ??  ??
 ??  ?? CIPTA KOD: Seorang pensyarah UNIMAS bersama para pelajarnya, membantu murid-murid tahun lima mencipta kod program semasa bengkel Scratch Programmin­g for Kids, baru-baru ini. DEDIKASI: Pasukan UNIMAS dan Sacofa merakamkan gambar kenangan semasa...
CIPTA KOD: Seorang pensyarah UNIMAS bersama para pelajarnya, membantu murid-murid tahun lima mencipta kod program semasa bengkel Scratch Programmin­g for Kids, baru-baru ini. DEDIKASI: Pasukan UNIMAS dan Sacofa merakamkan gambar kenangan semasa...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia