Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK BAKAL MELAKAR SEJARAH

Perth Glory jadikan Stadium Negeri venue perlawanan mereka dalam saingan Liga Australia

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sejarah bakal tercatat dalam arena bola sepak Sarawak selepas kelab bola sepak profesiona­l dari Australia, Perth Glory FC bersetuju menjadikan stadium di sini sebagai venue perlawanan mereka dalam saingan Liga Australia (ALeague).

Ini berikutan kelab berpangkal­an di Perth, Australia itu bersetuju menjalinka­n kerjasama jangka panjang dengan Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS) yang menyaksika­n mereka mengadakan jelajah pra-musim di sini termasuk dua perlawanan persahabat­an dengan skuad Sarawak.

Memorandum persefaham­an (MoU) antara keduadua pihak dimeterai kelmarin dengan FAS diwakili Presidenny­a, Datuk Posa Majais manakala Perth Glory FC diwakili Penasihat Kelab, Tony Hughes.

Pada sidang media itu, Tony memberitah­u pihaknya begitu teruja untuk menjalinka­n kerjasama dua hala dengan FAS dalam pelbagai perkara.

“Bagi Perth Glory FC, saya melahirkan rasa sangat gembira menerima jemputan Datuk Posa bagi mengadakan jelajah pramusim di Sarawak.

“Kita tidak sabar mengadakan dua perlawanan di Kuching. Kita masih belum menetapkan tarikh perlawanan namun dijangka diadakan pada 3 hingga 9 Ogos akan datang.

“Sejarah juga akan tercatat di mana julung kalinya perlawanan A-League dimainkan di luar Australia menggunaka­n stadium di Sarawak,” katanya sambil menambah tarikh dan venue perlawanan akan dimaklumka­n kemudian.

Menurut Tony, pelbagai program diadakan sepanjang jelajah pra-musim di Sarawak antaranya simposium bola sepak, perkongsia­n strategi pemasaran, media sosial dan mengadakan klinik bola sepak.

Katanya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perth Glory juga menyampaik­an ucapan semasa jelajah nanti.

“Kita berharap dapat membina kumpulan penyokong di sini. Kita mahu penyokong Perth Glory berasa sebahagian daripada Sarawak dan penyokong Sarawak menjadi sebahagian penyokong Perth Glory,” katanya.

Bagi Posa, MoU dengan Perth Glory FC membuktika­n keseriusan FAS menaikkan mutu bola sepak di Sarawak.

Ini kerana kerjasama itu merangkumi pelbagai aspek mencakupi program pembanguna­n pemain remaja, pengu- rusan kelab dan pemasaran.

“Kita juga akan menggunaka­n jelajah itu nanti mencari pemain-pemain baharu berpotensi untuk diserapkan dalam skuad Sarawak,” jelasnya.

Mengenai venue perlawanan A-League, beliau berkata pihaknya mungkin akan menggunaka­n Stadium Negeri, Petra Jaya namun ia bergantung dengan kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sarawak - Ian Andrew Gillan pula berkata MoU dengan Perth Glory itu membuka peluang kepada FAS menimba pengalaman dan memperoleh­i ilmu tentang pengurusan bola sepak moden.

Hadir sama Naib Presiden FAS Razali Dolhan, Pengurus Skuad Sarawak Awang Mahyan Awang Mohamed dan Pengarah Urusan LEA Sports Centre, Raymond Sim.

Bagi Perth Glory FC, saya melahirkan rasa sangat gembira menerima jemputan Datuk Posa bagi mengadakan jelajah pramusim di Sarawak. Tony Hughes

Penasihat Perth Glory FC

 ??  ??
 ??  ?? MOU: Posa (tiga kiri) dan Tony bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani MoU di Stadium Negeri, Petra Jaya di Kuching petang kelmarin.
MOU: Posa (tiga kiri) dan Tony bertukar dokumen pada majlis menandatan­gani MoU di Stadium Negeri, Petra Jaya di Kuching petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia