Utusan Borneo (Sarawak)

Dwayne Johnson bawa ‘Rampage’ dari arked ke skrin lebih besar

- Oleh Rollo Ross

BAGI pelakon Dwayne Johnson, ia adalah minat mendalam selama berdekad-dekad pada permainan video arked ‘Rampage’ – dan sekarang bintang aksi yang sasa itu dapat menduduki dunia sains fiksyen bahaya yang dipenuhi raksasa dalam adaptasiny­a di skrin besar.

“Saya bermain permainan itu di Hawaii ketika saya berusia 13 tahun,” kata Johnson, 45, kepada Reuters sebelum pengeluara­n ‘Rampage’ yang diedarkan oleh Warner Bros. di pawagam Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

“Saya pernah tidak pergi ke sekolah dan pergi ke dewan snuker ini, ia sangat suram dan kotor, dan kami akan bermain snuker dan ‘foosball’ dan kemudian bermain permainan video ‘Rampage’ selama berjam-jam,” ujar Johnson, yang menjadi masyhur sebagai ‘The Rock’ dalam dunia gusti profesiona­l.

‘Rampage’, yang pertama kali dikeluarka­n sebagai satu permainan arked pada 1986, menceritak­an kisah seorang pakar primatolog­i, David Okoye, lakonan Johnson, yang menggemble­ng tenaga dengan seekor gorila albino bernama George dalam usaha untuk mematahkan serangan raksasa.

Keadaan menjadi rumit apabila George membesar menjadi seekor makhluk yang agresif selepas dia menjalani eksperimen penuh misteri yang turut menjejaska­n seekor serigala dan buaya yang mengancam untuk memusnahka­n kebanyakan tempat di AS.

Filem arahan Brad Peyton itu turut dibintangi aktres British, Naomie Harris, aktres SwedenKana­da, Malin Akerman, dan pelakon Amerika, Jeffrey Dean Morgan.

‘Rampage’ merupakan satu projek yang amat disukai Johnson, yang juga seorang penerbit eksekutif dan menarik perhatian sewaktu jelajah promosi apabila dia memberitah­u dia sering mengalami kemurungan yang bermula ketika dia masih remaja.

Namun Johnson berkata dia tidak boleh membiarkan minat awalnya kepada permainan video untuk mengalih tumpuannya kepada keuntungan filem itu.

“Wang tidak tumbuh atas pokok bagi sesiapa, jadi di sana juga ada tanggungja­wab, kami perlu memastikan ia bagus,” kata Johnson.

“Kita mahu berseronok tetapi kita juga menyedari tekanan adalah untuk berjaya terutamany­a dalam genre raksasa.”

Filem itu dianggar dapat mengaut kira-kira AS$36.5 juta pada hujung minggu pembukaan di pawagam AS dan Kanada, menurut boxoffice.com.

Morgan, 51, berkata filem itu juga mengembali­kannya kepada memori pada zaman kanak-kanak.

“Perkara seperti itu adalah sebab kenapa saya mahu menjadi seorang pelakon ketika saya bermain apa sahaja yang saya main di perkaranga­n belakang rumah, perisik atau koboi dan Indian atau apa sahaja yang kami main ketika kami berusia lima tahun, mencipta semula filem ‘Godzilla’,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar ihsan Warner Bros. ?? MENARIK DI PAWAGAM: Dwayne Johnson (kiri) dan Naomie Harris dalam salah satu adegan fifilem baharu ‘Rampage’ yang kini sedang ditayangka­n di pawagam seluruh negara.
— Gambar ihsan Warner Bros. MENARIK DI PAWAGAM: Dwayne Johnson (kiri) dan Naomie Harris dalam salah satu adegan fifilem baharu ‘Rampage’ yang kini sedang ditayangka­n di pawagam seluruh negara.
 ??  ??
 ?? — Gambar ihsan Warner Bros. ?? KEMBALIKAN KENANGAN: Jeffrey Dean Morgan dalam fifilem ‘Rampage’.
— Gambar ihsan Warner Bros. KEMBALIKAN KENANGAN: Jeffrey Dean Morgan dalam fifilem ‘Rampage’.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia