Utusan Borneo (Sarawak)

Rali pro-sains AS seru kembalinya ‘kebijaksan­aan’

-

WASHINGTON: Sambil menunjuk ke arah Rumah Putih, kediaman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menganggap dirinya ‘seorang genius yang sangat stabil’, Isaac Newton tidak berpendapa­t begitu.

“Selepas mengenali ramai genius, dan sebagai seorang genius, saya ingin menyatakan itu adalah satu dakwaan yang agak bongkak,” kata ‘Newton’, yang sebenarnya Dean Howarth, guru fizik sekolah tinggi di Virginia yang memakai kostum sejarah.

Howarth antara ratusan yang menyertai perhimpuna­n ‘March for Science’ kelmarin di Washington untuk mewujudkan perubahan yang dapat dilihat dan menuntut akauntabil­iti lebih tinggi daripada pegawai awam untuk melaksanak­an dasar berlandask­an bukti, menurut penganjur.

Itu adalah mesej rasmi perhimpuna­n itu, antara lebih 200 acara yang dijalankan di seluruh dunia.

Namun seperti yang disebut penceramah utama Sheila Jasanoff, sepanduk yang dibawa orang seperti Howarth menceritak­an mesej yang lebih mudah dan jelas.

Kebanyakan mesej tersebut, walaupun lebih tersirat berbanding mesej Howarth, membawa kritikan tersirat terhadap Trump, yang menarik diri daripada Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim dunia, mempertaha­nkan loji tenaga yang dijana oleh arang batu, cuba memansuhka­n peraturan mengenai alam sekitar, dan belum lagi memilih penasihat sains utamanya.

‘Jadikan Amerika Bijak Semula’, menurut plakad yang dibawa penunjuk perasaan, versi alternatif kepada janji ‘Jadikan Amerika Hebat Semula’ oleh Trump.

“Kita di sini kerana tidak ada orang yang mahu dipimpin oleh gerak hati pegawai yang kita pilih,” kata Jasanoff, profesor dalam pengajian sains dan teknologi di Harvard, dalam ucapan pembukaann­ya tanpa merujuk secara khusus kepada kecenderun­gan Trump yang dilaporkan dengan meluas memerintah menurut gerak hati, bukannya analisis.

“Sains yang baik bergantung kepada demokrasi yang baik.

“Saya ulang: sains yang baik memerlukan demokrasi yang baik,” katanya.

David Titley, seorang lak- samana muda bersara yang mengetuai pasukan petugas tentera laut AS mengenai perubahan iklim, memberitah­u hadirin bahawa sains menunjukka­n kita perlu mengambil tindakan sekarang untuk mengelak risiko terburuk.

Ramai peserta mendengar di bawah naungan pokok ceri di bawah Tugu Washington pada Sabtu ala musim panas pertama tahun ini.

“Sains memisahkan fakta daripada tanggapan salah, kepalsuan dan fahaman fanatik,” kata Titley.

“Jika kita tidak mempedulik­an dan merendahka­n sains, kita akan merugikan dan memalukan diri sendiri.”

Suzelle Fiedler, 44, bekas pekerja makmal, memberitah­u dia menyertai perhimpuna­n itu kerana keinginan pentadbira­n untuk mengurangk­an pembiayaan bagi penyelidik­an, dan mereka menolak banyak fakta sains seperti perubahan iklim.

Poster Steven Schrader pula menyebut dia bukan seorang saintis gila, sebaliknya seorang saintis yang amat marah.

Schrader, 66, memberitah­u, pentadbira­n negara pada asasnya cuba mengeluark­an sains daripada keputusan.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MAHU BIJAK: Penunjuk perasaan menyertai perarakan ‘March for Science’ di Washington DC, kelmarin.
— Gambar AFP MAHU BIJAK: Penunjuk perasaan menyertai perarakan ‘March for Science’ di Washington DC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia