Utusan Borneo (Sarawak)

Litar lumba dikenal pasti

Usaha mewujudkan litar itu akan berterusan, Fadillah seru komuniti permotoran terus memberi sokongan

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kita telah memulakan usaha ke arah mewujudkan litar permotoran ini sejak tahun lalu selepas melihat sambutan hangat pada setiap acara permotoran yang diadakan. Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya

KUCHING: Kerajaan sudah mengenal pasti sebuah tapak di Jalan Matang Baru untuk dijadikan sebuah litar perlumbaan bagi negeri Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha untuk mewujudkan litar permotoran tersebut akan berterusan dan menyeru komuniti permotoran agar terus menyokong usaha ini.

“Kita telah memulakan usaha ke arah mewujudkan litar permotoran ini sejak tahun lalu selepas melihat sambutan hangat pada setiap acara permotoran yang diadakan.

“Dengan adanya litar tersebut ia akan mampu membawa sukan permotoran di Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi dan profesiona­l.

“Ini sudah pasti akan lebih menarik ramai penyertaan dan menjadi platform untuk menghasilk­an pelumba berbakat dan berdaya saing tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pada Majlis Penutupan Karnival Sukan Bermotor Sarawak anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) P194 Petra Jaya dan Kelab Sukan Permotoran DCS Petra Jaya di Kuching, semalam.

Sementara itu, Fadillah yang juga penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya turut mengingatk­an peserta yang menyertai karnival itu agar menjadi lebih profesiona­l dalam sukan permotoran.

“Elakkan diri daripada berlumba secara haram di jalan raya kerana ia akan membahayak­an nyawa anda sendiri dan orang lain,” katanya.

Seramai lebih 200 pe- serta dari seluruh Sarawak dan Semenanjun­g Malaysis menyertai karnival itu yang diadakan selama dua hari mulai 14 April lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara Senator Dr Zaiedi Suhaili dan Presiden Kelab Sukan Permotoran DCS Petra Jaya Sofian Fariz.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Fadillah bergambar kenangan dengan para pemenang pada Karnival Sukan Bermotor Sarawak di Kuching, semalam.
TAHNIAH: Fadillah bergambar kenangan dengan para pemenang pada Karnival Sukan Bermotor Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia