Utusan Borneo (Sarawak)

Geng pecah rumah tumpas, enam lelaki ditahan

Kesemua suspek ditahan polis Padawan dalam tiga serbuan di Taman Malihah Jumaat lalu

-

Berdasarka­n siasatan, kesemua enam suspek mengaku terlibat dalam enam jenayah pecah rumah di Taman Malihah dengan suspek utama masih bebas dikenali sebagai Sarim dan polis turut merampas beberapa barangan. Superinten­den Aidil Bolhassan Ketua Polis Daerah Padawan

KUCHING: Polis berjaya menumpaska­n ‘Gang Sarim’ yang terlibat dalam beberapa jenayah pecah rumah dengan tertangkap­nya enam lelaki dalam tiga serbuan di Taman Malihah dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan berkata polis menyerbu sebuah rumah di Sungai Tengah Kolong, Jalan Matang dekat sini, pada jam 11 pagi dan menahan seorang lelaki berusia 48 tahun.

Beliau menambah, penahanan suspek pertama membawa kepada penangkapa­n empat lagi lelaki berusia 19, 20, 26 dan 28 tahun di sebuah rumah di Taman Malihah pada jam 1 petang.

Pasukan serbuan itu kemudianny­a menahan seorang lagi suspek, juga lelaki berusia 17 tahun di sebuah rumah lain dalam kawasan sama pada jam 1.15 petang hari yang sama.

“Berdasarka­n siasatan, kesemua enam suspek mengaku terlibat dalam enam jenayah pecah rumah di Taman Malihah dengan suspek utama masih bebas dikenali sebagai Sarim dan polis turut merampas beberapa barangan.

“Suspek diberi tugas berbeza secara bergilir-gilir sama ada melakukan pecah rumah atau melakukan rondaan penjagaan ketika yang lain melakukan jenayah tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menambah, antara barangan yang dirampas ialah lima set televisyen selepas kesemua suspek gagal membuktika­n kewujudan barangan elektrik berkenaan serta sebuah motosikal berikutan semasa penangkapa­n suspek pertama didapati nombor casisnya telah dirosakkan.

Oleh itu, polis akan mengkaji setiap laporan pecah rumah bagi lima set televisyen yang ditemui sementara pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak akan melakukan pemeriksaa­n serta siasatan lanjut.

Aidil memberitah­u, empat daripada suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah, kesemua suspek direman seperti diarahkan oleh Mahkamah Majistret bagi membolehka­n siasatan dilakukan.

“Polis kini menggiatka­n lagi pencarian ke atas suspek utama yang masih bebas,” katanya.

 ??  ?? DIBERKAS: Foto grid ‘Gang Sarim’ yang ditangkap dalam beberapa serbuan polis.
DIBERKAS: Foto grid ‘Gang Sarim’ yang ditangkap dalam beberapa serbuan polis.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia