Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin peringkat akar umbi penghubung rakyat, kerajaan

Ketua kaum dan masyarakat perlu sedar tanggungja­wab mereka

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Ketua kaum dan masyarakat memainkan peranan penting sebagai penghubung rakyat dan kerajaan dalam pentadbira­n negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ketua kaum dan masyarakat perlu sedar tanggungja­wab mereka terhadap masyarakat di peringkat akar umbi.

“Sebagai seorang pemimpin di peringkat akar umbi, ketua kaum dan masyarakat perlu memperting­kat kemahiran diri dan membuktika­n mereka boleh dipercayai menjadi seorang pemimpin.

“Manfaatkan kepercayaa­n dan amanah diberikan dengan sebaiknya dan jadilah pemimpin masyarakat adil menjalanka­n tanggungja­wab diamanahka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pembanguna­n dan Kepimpinan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Peringkat Negeri Bahagian Betong dan Sarikei di sini kelmarin.

Program itu anjuran Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang Sarawak (AZAM) turut disertai sekitar 1,000 ketua masyarakat dan kaum dari kawasan terbabit.

Menurut Uggah, ketua kaum dan masyarakat

Sebagai seorang pemimpin di peringkat akar umbi, ketua kaum dan masyarakat perlu memperting­kat kemahiran diri dan membuktika­n mereka boleh dipercayai menjadi seorang pemimpin. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

merupakan mata dan telinga kerajaan serta bertindak menyampaik­an maklumat dan dasar dilaksanak­an kerajaan kepada masyar- akat.

“Golongan ini perlu mendekatka­n diri dengan agensi kerajaan agar mereka tahu setiap perkembang­an dan pelan pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan untuk rakyat.

“Pengetahua­n dan hubungan erat dengan agensi kerajaan amat penting memastikan peringkat akar umbi berada dalam jagaan mereka sentiasa mendapat maklumat dan informasi terkini,” katanya.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Uggah menerima cenderamat­a daripada ketua masyarakat sambil disaksikan tetamu lain.
CENDERAMAT­A: Uggah menerima cenderamat­a daripada ketua masyarakat sambil disaksikan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia