Utusan Borneo (Sarawak)

Program Impak ILKBS @ Komuniti beri peluang pelatih IKBN menyumbang kepada masyarakat

-

MIRI: Program Impak ILKBS @ Komuniti memberi peluang dan ruang kepada pelatih Institut Kemahiran Belia Negara Miri (IKBN) Miri menyumbang kepada masyarakat setempat.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin berkata ia membolehka­n pelatih mempraktik­kan ilmu yang dipelajari untuk disumbangk­an kepada komuniti.

“Kemahiran mereka pelajari di IKBN digunakan membantu komuniti seperti servis motosikal percuma, demonstras­i membuat kek dan sebagainya secara percuma,” katanya pada Majlis Perasmian Program Impak ILKBS @ Komuniti di Dewan Kampung Pujut Sungai Adong di sini semalam.

Lee yang juga pengerusi Panel Penasihat IKBN Miri menjelaska­n aktiviti seperti ini juga mampu mempromosi­kan bidang teknikal ke kawasan kampung.

“Apabila aktiviti turun padang ini dilaksanak­an, maka penduduk kampung secara langsung memahami dan mengetahui bidang-bidang teknikal ditawarkan di IKBN,” katanya.

Menurutnya, program ini menyumbang balik tenaga kepakaran atau kemahiran pelajar ILKBS kepada masyarakat seperti kerjakerja penyelengg­araan dan pembaikan kecil kemudahan fizikal.

“Kita percaya pelatih bukan sahaja dapat pengalaman baharu berkhidmat untuk komuniti, pada masa sama menyediaka­n kepakaran mereka membantu masyarakat mengikut kesuaian bidang,” jelasnya.

Hadir sama Pengarah IKBN Miri Fauzi Ariffin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Miri Syed Zyied Wan Asnawi dan Pengerusi JKKK Kampung Pujut Sungai Adong Abdullah Yusoff.

Antara aktiviti turut diadakan ialah gotong-royong, khidmat tukar minyak hitam percuma, khidmat basuh kereta percuma dan demonstras­i pembuatan kek.

Program itu bertujuan membentuk, menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawa­n ke arah profesiona­lisme utuh menggunaka­n kemahiran dipelajari.

Pada masa sama menggalak dan meningkatk­an semangat sukarelawa­n dalam kalangan belia melalui pengalaman serta membentuk kreativiti belia melaksanak­an tugas kesukarela­wan.

 ??  ?? BERKEMAHIR­AN: Lee (dua kiri) melihat pelatih IKBN menukar minyak hitam motosikal secara percuma sempena Program Impak ILKBS@ Komuniti di Miri semalam.
BERKEMAHIR­AN: Lee (dua kiri) melihat pelatih IKBN menukar minyak hitam motosikal secara percuma sempena Program Impak ILKBS@ Komuniti di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia