Utusan Borneo (Sarawak)

Kebolehan belajar, menguasai bahasa lain memberi kelebihan kepada pelajar

-

MIRI: Kebolehan belajar dan menguasai bahasa lain seperti Mandarin dan Inggeris selain bahasa ibunda dapat memberi kelebihan kepada pelajar dalam kehidupan sosial dan kerjaya.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata tiada lagi istilah mengatakan sekolah Cina hanya untuk masyarakat Cina kerana ia mendapat tempat dalam kalangan masyarakat lain.

Menurut beliau, jumlah pelajar daripada kaum lain mendaftar masuk belajar di sekolah Cina semakin meningkat setiap tahun.

“Buktinya, kira- kira 70 peratus daripada murid belajar di sekolah ini terdiri daripada bukan Cina dengan latar kaum dan budaya yang berbeza,” katanya ketika merasmikan aktiviti gotongroyo­ng di SKJ (C) Chung Hua Tudan di sini kelmarin.

Lee berkata, usah terkejut apabila mendengar seseorang bukan berketurun­an Cina namun pandai bertutur bahasa Mandarin dengan fasih dalam kehidupan seharian dan aktiviti perniagaan mereka.

Selain itu, kebolehan seseorang menguasai bahasa lain dalam konteks masyarakat berbilang kaum seperti di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya dapat memupuk perpaduan dan pemahaman lebih baik dalam kalangan rakyat.

Sementara itu, menyentuh gotong- royong dianjurkan pihak sekolah terbabit, beliau berkata ia penting untuk menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an bersih dan kondusif untuk anak-anak menuntut di sekolah tersebut.

Pada masa sama, Lee turut mengumumka­n pemberian geran sejumlah RM5,000 kepada setiap Kumpulan Sokongan Ibu Bapa dan Guru untuk menjalanka­n aktiviti dan program mereka.

Hadir sama Guru Besar SKJ (C) Chung Hua Tudan Law Sie Kong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia