Utusan Borneo (Sarawak)

Wong tekad bantu masyarakat Hindu dapat peruntukan bina kuil baharu

-

SIBU: Masyarakat Hindu di sini gembira selepas Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh bertekad membantu kaum minoriti itu mendapatka­n geran daripada kerajaan negeri untuk membina sebuah kuil baharu.

Kuil Sri Maha Mariaman baharu itu terletak di Jalan Orchid di sini dan dijadualka­n majlis pecah tanahnya pada 29 April ini.

“Saya mencadangk­an kepada Persatuan Kuil Hindu Sibu menulis surat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melalui saya dan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee untuk mendapatka­n geran daripada kerajaan negeri.

“Kos kuil itu adalah sejumlah RM1.1 juta dan memerlukan dana kerajaan negeri selain majlis- ma- jlis amal dianjurkan oleh persatuan tersebut,” kata Wong pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Tamil sempena memperinga­ti Hari Polis Ke-211 di pekarangan Kuil Hindu Aum di sini malam kelmarin.

Hadir sama Presiden Persatuan Kuil Hindu Sibu Sarjan Detektif Manogaran Krishnasam­y.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n itu berjanji melanjutka­n permohonan persatuan itu kepada Abang Johari.

“Walaupun kaum Tamil adalah minoriti di sini kerajaan tetap mendengar masalah mereka sekali gus menyelesai­kannya.

“Sebagai sebuah negara mempunyai berbilang kaum dan agama, kerajaan pasti akan membantu anda,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata, negara harmoni dan makmur men- jadi contoh kepada negara lain bahawa Malaysia mampu mengutamak­an nadi rakyatnya dan boleh hidup bersama dengan aman dan damai.

“Itulah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang merupakan kerajaan untuk semua kaum dan agama di Malaysia,” katanya.

Wong turut memuji persatuan tersebut yang komited memperjuan­g pembinaan kuil baharu walaupun merupakan sebuah kaum minoriti di sini.

“Majlis sambutan ini bukan sahaja menghimpun­kan kaum Tamil malah pelbagai kaum berkongsi dan melihat keunikan sambutan Tahun Baharu Tamil yang jarang dilihat khususnya masyarakat majoriti di Sibu,” katanya.

Sementara itu, Manogaran dalam ucapan aluannya berkata apabila kuil baharu itu siap, ia bakal memberi keselesaan kepada penganut agama Hindu.

Jelasnya, ia turut memudahkan penganjura­n aktiviti keagamaan lebih besar pada masa akan datang.

“Justeru, saya merayu agar lebih ramai pihak tampil menghulurk­an sumbangan.

“Setakat ini kerajaan pusat menyumbang sejumlah RM100,000 manakala RM100,000 lagi disumbangk­an orang ramai,” katanya.

Menurut Manogaran, kebanyakan orang ramai menghulurk­an sumbangan itu adalah masyarakat Cina dan beliau amat berterima kasih kepada mereka.

Menyentuh mengenai sambutan tersebut, beliau memberitah­u bahawa sambutan itu pertama dimasukkan dalam kalendar India.

Pada majlis tersebut, Wong turut mengumumka­n peruntukan sejumlah RM10,000 kepada kuil itu bagi membantu menggerakk­an aktiviti keagamaann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia