Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah yakin penduduk Kampung Kolong 2 akan terus memberi sokongan padu kepada BN pada PRU14 nanti

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof yakin penduduk khususnya pengundi di Kampung Kolong 2, Jalan Sungai Tengah, Matang dekat sini akan terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Fadillah, kampung berkenaan merupakan salah satu daripada kubu kuat BN yang telah memberi sokongan padu kepadanya sejak menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut di bawah Parlimen Petra Jaya.

Malah katanya, sokongan padu penduduk dari kawasan ini kepada BN turut terserlah sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi iaitu ketika kawasan itu diwakili Allahyarha­m Tan Sri Dr Sulaiman Daud.

“Sokongan penduduk dari kawasan Kolong ini kepada BN tidak pernah luntur dari dulu sehingga sekarang termasuk semasa kepimpinan Allahyarha­m Tan Sri Dr Sulaiman Daud di mana Allahyarha­m pada hayatnya telah menyumbang kepada dewan kampung ini.

“Dan saya sebagai pemimpin masa kini, meneruskan apa sahaja usaha kepimpinan lepas termasuk Allahyarha­m di mana kami menjalin kerjasama erat antara kepimpinan masyarakat dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan BN amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di dewan kampung tersebut di sini semalam.

Sementara itu Ketua Ranting PBB Kampung Kolong 2 Rosmidi Amat Parnawi berkata penduduk, khasnya pengundi di kampung berkenaan merupakan pengundi tegar BN.

Sokongan masyarakat dari kawasan ini kepada BN tidak pernah berkuranga­n walaupun ada usaha pihak pembangkan­g untuk menembusi kawasan ini.

“Kami penduduk di Kolong ini tahu pihak mana yang bekerja untuk membangun serta memajukan penduduk di sini.

“Jadi, kami di peringkat

Datuk Seri Fadillah Yusof Penyandang Parlimen Petra Jaya

pimpinan akar umbi PBB dan BN amnya akan memastikan kawasan Kolong ini terus menjadi kubu kuat BN,” katanya yang ditemui pada program itu semalam.

 ??  ?? PENGUNDI SETIA BN: Penduduk Kampung Kolong 2, merakamkan gambar kenangan bersama Fadillah sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat di dewan kampung tersebut semalam.
PENGUNDI SETIA BN: Penduduk Kampung Kolong 2, merakamkan gambar kenangan bersama Fadillah sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat di dewan kampung tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia