Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG, sekolah digalak anjur program motivasi, klinik ujian kepada pelajar

-

KUCHING: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta sekolah digalak menganjurk­an program motivasi dan klinik ujian kepada pelajar masingmasi­ng.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia penting bagi mengembang dan meningkatk­an kemahiran serta potensi pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

“Sebab itu saya sentiasa galak pihak PIBG dan sekolah mengadakan program motivasi atau klinik ujian dan hari ini kita anjuran program seumpama ini agar anak-anak dapat capai impian ke menara gading,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Transforma­si Pelajar Cemerlang 2018 di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

Pada masa sama Nancy memberitah­u, pendidikan yang berkembang maju adalah faktor penting dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

Dedahnya, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) turut memberi tumpuan kepada bidang pendidikan dalam usaha membangunk­an modal insan dan memacu ke arah negara maju.

“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya mengadakan program ini untuk wakil pelajar dari SMK Sadong Hilir (Semera), SMK Sadong Jaya dan SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud.

“Apabila saya menjadi wakil rakyat di Parlimen Batang Sadong, pendidikan diberi per- hatian sewajarnya kerana saya mahu anak-anak di sini mencapai keputusan membanggak­an setiap tahun,” katanya.

Malah tegasnya, topik pendidikan menjadi aspirasi kedua tertinggi disampaika­n belia, merangkumi 16 peratus daripada aspirasi terkandung dalam Kanvas Belia Transforma­si Nasional (TN50).

Katanya, menurut Kanvas Belia TN50, belia mahukan sistem pendidikan yang relevan dengan memenuhi keperluan pasaran serta bersifat berterusan.

“Bukan itu sahaja, aspirasi belia juga mahukan negara menyediaka­n pendidikan berkualiti serta mampu dibiayai di setiap peringkat, selain pendidikan rendah dan menengah percuma, khususnya di kawasan terpencil.

“Untuk itu, hala tuju pendidikan pada abad ke- 21 ini memfokuska­n kepada pemikiran yang berdaya saing menerusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai persiapan ke arah transforma­si Perindustr­ian Keempat bagi generasi akan datang,” ujarnya.

 ??  ?? MODAL INSAN CEMERLANG: Nancy (duduk, tengah) merakam kenangan bersama peserta Program Transforma­si Pelajar Cemerlang 2018.
MODAL INSAN CEMERLANG: Nancy (duduk, tengah) merakam kenangan bersama peserta Program Transforma­si Pelajar Cemerlang 2018.
 ??  ?? PEMENANG: Sebastian (tiga kiri) bersama salah seorang pelari kategori remaja.
PEMENANG: Sebastian (tiga kiri) bersama salah seorang pelari kategori remaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia