Utusan Borneo (Sarawak)

Sebastian puji usaha sekolah proaktif mencari dana sendiri

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting memuji usaha sekolah-sekolah proaktif mencari dana sendiri membangunk­an infrastruk­tur sekolah.

Menurutnya, komitmen antara pengurusan sekolah dan guru serta ibu bapa mampu mengubah sesuatu impian itu menjadi realiti.

“Seperti Sekolah Kebangsaan Jalan Bintang (SKJB), pihak sekolah merancang pelbagai aktiviti sejak beberapa tahun lalu dalam usaha mengumpul peruntukan bagi membina dewan sekolah demi kegunaan murid.

“SKJB adalah salah sebuah sekolah yang dapat dijadikan contoh terbaik dan kerjasama rapat antara warga sekolah membolehka­n mereka membina dewan sekolah,” katanya pada program Larian Amal Bintang 2018 di sini pagi semalam.

Turut hadir Guru Besar SKJB Ahmad Othman dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKJB Mohd Farez Samin.

Larian Amal Bintang 2018 anjuran SKJB diadakan buat pertama kali bagi mengumpul dana pembinaan dewan sekolah ini, menerima penyertaan seramai 600 peserta.

Mohd Farez ketika ditemui berkata, PIBG bersyukur atas penyertaan menggalakk­an dan dana hasil larian amal ini menjadi penambah kepada peruntukan dikumpul selama ini bagi membina dewan sekolah lama dirancang.

“Terima kasih kepada Sebastian kerana pada mesyuarat tahunan PIBG minggu lalu turut bersetuju menyumbang sejumlah RM15,000 iaitu RM10,000 untuk membina dewan dan RM5,000 untuk aktiviti PIBG.

“PIBG dan sekolah kini hanya menunggu kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memulakan pembinaan dewan sekolah dan permohonan telah dihantar pada akhir tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia