Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PRS diingat guna pendekatan ikhlas, tidak ambil risiko hanya untuk mendapatka­n undi pada PRU14

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) diingatkan agar menggunaka­n pendekatan yang ikhlas dengan menjanjika­n perkara realistik semasa tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU14).

Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, sepanjang tempoh berkempen mereka tidak harus mengambil risiko hanya untuk mendapatka­n undi.

“Pada tempoh berkempen nanti saya berharap Pemuda PRS tidak mengambil risiko hanya untuk mendapatka­n undi.

“Sebaliknya gunakan pendekatan yang sebenar dan janji kita itu adalah perkara yang dapat kita laksanakan kepada rakyat selepas memenangi kerusi nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Program Memperkasa­kan ARGO Pemuda PRS anjuran Jawatankua­sa Pusat Pemuda PRS yang dihadiri Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan di Santubong dekat sini, semalam.

Sementara itu Masing yang juga timbalan ketua menteri berkata, PRS yakin senarai nama yang diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk PRU14 tidak akan ditolak.

Beliau berkata, ia berdasarka­n senarai nama PRS pada PRU12 dan PRU13 diterima kepimpinan tertinggi BN sama ada negeri atau pusat sekali gus memenangi semua kerusi.

“Ketua menteri dan perdana menteri tidak menolak mana- mana senarai nama calon kami pada PRU12 dan PRU13 dan sebagai keputusann­ya kami memenangi semua kerusi.

“Saya percaya perkara yang

Pada tempoh berkempen nanti saya berharap Pemuda PRS tidak mengambil risiko hanya untuk mendapatka­n undi. Tan Sri Datuk Amar James Masing Presiden PRS

sama (senarai calon) berlaku pada PRU14, kami akan mengekalka­n kemenangan dan memberi balik kepada perdana menteri sebagai pengerusi BN Pusat,” katanya.

Tambah Masing, daripada enam kerusi yang dipertandi­ngkan itu, empat masih dikekalkan penyandang­nya serta dua adalah muka baharu yang kini telah diserahkan senarai kepada ketua menteri sebagai pengerusi BN Pusat dan perdana menteri.

Beliau berkata, dua kerusi berkenaan menampilka­n muka baharu atas faktor usia dan faktor tidak setia kepada parti.

Ditanya mengenai sama ada penyandang dua kerusi terbabit menyatakan kesediaan mereka untuk berundur, Masing berkata: “Saya pasti mereka tahu... kami telah memaklumka­n kepada majlis tertinggi parti bahawa dua daripada penyandang tidak dicalonkan semula.”

Hadir sama Setiausaha Agung PRS Datuk Joseph Salang Gandum, Ketua Wanita PRS Datuk Seri Doris Sophia Brodie serta ahli pemimpin tertinggi PRS lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Masing menerima cenderamat­a daripada Snowdan (dua kanan) sambil disaksikan Salang (tiga kiri), Doris (empat kiri) dan ahli pemimpin PRS lain.
PENGHARGAA­N: Masing menerima cenderamat­a daripada Snowdan (dua kanan) sambil disaksikan Salang (tiga kiri), Doris (empat kiri) dan ahli pemimpin PRS lain.
 ??  ?? BERKIBAR: Uggah bersama barisan jentera pilihan raya Zon 5 dan Parlimen Betong mengibarka­n bendera BN pada majlis itu.
BERKIBAR: Uggah bersama barisan jentera pilihan raya Zon 5 dan Parlimen Betong mengibarka­n bendera BN pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia