Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda PRS sokong, hormati keputusan pemimpin tertinggi parti tentukan calon

-

KUCHING: Sayap Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyatakan sokongan dan menghormat­i keputusan pemimpin tertinggi parti dalam menentukan calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan berkata, ia termasuk keputusan nama calon bagi parti semasa pilihan raya agar parti akan terus kukuh.

“Bagi Pemuda PRS, saya mahu menyatakan bahawa betapa penting sokongan dan kesetiaan kita kepada pemimpin tertinggi.

“Apabila keputusan telah dibuat oleh pemimpin kanan atau presiden, kita sepatut- nya menghormat­i keputusan itu.

“Kedudukan kita sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Ahli Parlimen adalah sementara dan parti yang menentukan­nya kerana kerusi diperuntuk­kan atas nama parti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Memperkasa­kan ARGO Pemuda PRS anjuran Jawatankua­sa Pusat Pemuda PRS yang disempurna­kan Presidenny­a Tan Sri Datuk Amar James Masing di Santubong dekat sini, semalam.

Snowdan berkata, ia ibarat sebuah kapal berlayar di mana ketua ibarat kapten yang menentukan hala tuju serta sampai ke destinasi.

“Begitu juga kita, jika kita mahu parti mencapai destinasi dimahukan adalah amat penting untuk memberi sokongan serta taat setia kepada presiden mahupun pemimpin tertinggi,” katanya.

Sementara itu pada majlis yang sama Pemuda PRS melancarka­n satu aplikasi telefon bimbit, iaitu Aplikasi ARGO Pemuda PRS yang akan memaparkan profil semua ahlinya.

Snowdan berkata, ia adalah aplikasi pertama seumpamany­a daripada pemuda komponen BN di Sarawak dan ia boleh dimuat naik dari GooglePlay.

“Aplikasi ini buat masa ini hanya untuk Android sahaja dan setiap ahli yang log masuk akan diberi kata kunci.

“Ini kerana pendaftara­n adalah berdasarka­n nombor ahli anda. Namun bagi bukan ahli yang mahu memuat naik, mereka hanya dapat melihat paparan umum sahaja iaitu berkaitan berita.

“Hanya ahli sahaja yang dapat butiran lain dalam parti seperti profil dan sebagainya,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Agung PRS Datuk Joseph Salang Gandum, Ketua Wanita PRS Datuk Seri Doris Sophia Brodie serta ahli pemimpin tertinggi PRS lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia