Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang mahu rakyat tolak politik wang dan kebencian

-

MIRI: Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil membayangk­an penyandang kerusi Parlimen Baram (P220) akan dikekalkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Berucap pada Program Kesedaran Masyarakat anjuran Persatuan Berawan Sarawak (Penipong Melawen Sarawak) di Dewan Anthony, Lapok kelmarin, Penguang berkata calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Baram akan kekal daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) dan setakat ini calonnya ialah Anyi Ngau.

“Apa pun, saya menasihati masyarakat agar tidak terpengaru­h dengan politik wang dan politik kebencian.

“Saya berasa amat bangga dengan semangat perpaduan yang ditunjukka­n masyarakat Berawan walaupun hanya merupakan kaum minoriti, justeru kaum- kaum lain wajar mencontohi semangat perpaduan masyarakat Berawan,” katanya.

Penguang yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan memuji sokongan yang diberikan masyarakat Berawan terhadap kerajaan BN selama ini.

Beliau turut memberi komitmen untuk terus berusaha bagi mendapatka­n sebuah dewan masyarakat di pekan Lapok bagi kegunaan masyarakat setempat.

“Program sebegini sangat penting sebagai platform bagi masyarakat Berawan mengutarak­an isu dan masalah mereka kepada kerajaan,” Katanya.

Pada majlis tersebut, Pen- guang mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) RM30,000 kepada JKKK Henry Kassim Wen di Long Jegan dan masing- masing RM15,000 kepada JKKK Joslee Teging di Long Teran Batu, JKKK John Mato di Long Tuyut dan JKKK Androus di Long Takong.

Selain itu, projek RTP2018 RM100,000 untuk menaik taraf jalan dan parkir masing-masing Rumah Penghulu Patrick Jelaman dan Rumah Francis Ubi di Long Jegan.

Turut hadir penyandang Parlimen Baram Anyi Ngau, Setiausaha Politik Ketua Menteri Alexander Asing, Pegawai Daerah Beluru Mohd Rashdan, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Presiden Persatuan Berawan Sarawak Datin Catherine Awing Wan, Datuk Robert Laing, Pemanca Enggah, ahli- ahli majlis, penghulu-penghulu, ketua-ketua kaum dan penduduk Berawan dari seluruh Baram.

Program itu bermula seawal jam 7 pagi dengan pelbagai aktiviti seperti saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan, ceramah kesedaran bahaya dadah dan penyakit berjangkit serta ceramah kesedaran sosial.

 ??  ?? MERIAH: Penguang (lima kanan), Anyi (empat kiri) dan Catherine Awing (tiga kanan) bersama tetamu lain semasa Program Kesedaran Masyarakat anjuran Persatuan Berawan Sarawak (Penipong Melawen Sarawak) di Dewan Anthony, Lapok kelmarin.
MERIAH: Penguang (lima kanan), Anyi (empat kiri) dan Catherine Awing (tiga kanan) bersama tetamu lain semasa Program Kesedaran Masyarakat anjuran Persatuan Berawan Sarawak (Penipong Melawen Sarawak) di Dewan Anthony, Lapok kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia