Utusan Borneo (Sarawak)

Chong pentingkan kemenangan PH berbanding persaingan dengan Dr Sim

-

KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Chong Chieng Jen tidak menaruh sebarang persaingan terhadap Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Sebaliknya,beliaumene­gaskan hanya mahu memastikan kemenangan pihaknya di setiap kerusi yang ditandingi sekali gus membolehka­n PH membentuk kerajaan seterusnya.

“Apa sahaja keputusan, sama ada saya bertanding di kerusi ditandingi Dr Sim adalah untuk memastikan PH dapat menukar kerajaan persekutua­n dan menjatuhka­n UMNO... tidak ada persaingan peribadi antara saya dan beliau.

“PRU14 ini adalah mengenai kepentinga­n negara dan kita tidak boleh membiarkan BN dan UMNO memerintah negara ini lagi kerana negara tidak mempunyai masa depan di bawah BN disebabkan rasuah yang melampau,” katanya ketika ditemu bual.

Portal berita baru-baru ini melaporkan bahawa Chong yang juga penyandang Parlimen Bandar Kuching dan pengerusi Parti Tindakan Demokratik ( DAP) bakal meninggalk­an Bandar Kuching untuk bertanding di Stampin.

Chong menyandang Parlimen Bandar Kuching selama tiga penggal sejak memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum 2004.

Parlimen Stampin yang kini disandang oleh Julian Tan daripada DAP, mempunyai tiga kerusi DUN iaitu Batu Kawah, Kota Sentosa dan Batu Kitang.

Chong juga merupakan ADUN Kota Sentosa manakala Batu Kawah dan Batu Lintang masing-masing diwakili oleh Dr Sim dan Lo Khere Chiang daripada BN-SUPP.

Julian Tan yang menewaskan Datuk Yong Khoon Seng daripada BN-SUPP pada PRU13 yang lalu telah memutuskan untuk tidak bertanding semula pada PRU14 ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia