Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan elektrik di Sarawak diatasi menjelang Jun Ia susulan pembanguna­n projek Grid Transmisi Utama 500 kilovolt (kV) dari Lundu ke Lawas, kata Dr Abdul Rahman

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Masalah gangguan bekalan elektrik di Sarawak dijangka dapat diatasi sepenuhnya menjelang Jun tahun ini, kata Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Mengulas lanjut beliau berkata ia susulan pembanguna­n projek Grid Transmisi Utama 500 kilovolt (kV) dari Lundu ke Lawas.

Pembanguna­n grid utama kedua itu bakal mengukuhka­n lagi sistem bekalan tenaga negeri sekali gus menyelesai­kan masalah bekalan elektrik terputus.

Dr Abdul Rahman berkata grid tunggal sedia ada tidak mampu menampung keperluan kuasa di negeri ini yang didiami hampir tiga juta penduduk.

“Dengan sistem grid dengan kuasa 500kV, masalah gangguan bekalan elektrik akan dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Sunan Bonang di Kampung Demak Baru Fasa 2 di Jalan Demak di sini semalam.

Dr Abdul Rahman percaya inisiatif kerajaan itu mampu membekalka­n kuasa elektrik yang cukup kepada Sarawak.

Ditanya tentang aduan bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan sekitar Petra Jaya baru- baru ini, beliau berkata gangguan itu bersifat sementara.

Bagaimanap­un, jelasnya pihak syarikat bertanggun­gjawab sentiasa memantau dan mengawasi situasi tersebut.

Pada majlis berkenaan, beliau mendedahka­n bahawa pembinaan dewan itu menelan belanja sebanyak RM300,000 di bawah projek kecil luar bandar (MRP) yang telah siap sepenuhnya pada Februari lalu.

Beliau berharap dengan adanya dewan serba guna

Dengan sistem grid dengan kuasa 500kV, masalah gangguan bekalan elektrik akan dapat diatasi. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik)

tersebut dapat menyediaka­n kemudahan kepada penduduk setempat untuk melaksanak­an sebarang aktiviti kemasyarak­atan, sukan dan sebagainya.

 ??  ?? RASMI: Dr Abdul Rahman ketika menyempurn­akan perasmian Dewan Serba Guna Sunan Bonang di Kampung Demak Baru Fasa 2 di Kuching semalam.
RASMI: Dr Abdul Rahman ketika menyempurn­akan perasmian Dewan Serba Guna Sunan Bonang di Kampung Demak Baru Fasa 2 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia