Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli PERKIM diseru berjihad sebar ilmu tentang Islam

-

MIRI: Ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di negeri ini diseru memperluas dakwah dan jihad dengan menyebarka­n ilmu tentang Islam kepada seluruh masyarakat.

Pengerusi PERKIM Sarawak Datuk Hanifah Taib Alsree berkata, usaha itu termasuk meningkatk­an kefahaman masyarakat bukan Islam tentang agama dan ajaran Islam yang sebenarnya.

“Dakwah yang berkesan kepada muslimin dan muslimat akan meningkatk­an keimanan dan penghayata­n mereka kepada Islam.

“Kepada bukan Islam pula, usaha memberi maklumat betul tentang Islam akan mengukuhka­n kedudukan dan kebenaran Islam kepada mereka,” jelas beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Sarawak Ke-30 di sini, semalam.

Hanifah menambah, dakwah akan menjalinka­n persahabat­an dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormat­i dalam masyarakat berbilang kaum.

Antara bentuk jihad lain adalah membantu dalam kerja-kerja kebajikan dan sosial dengan bersungguh- sungguh, ikhlas dan sukarela.

M e n g e n a i a k t i v i t i PERKIM, setiap cawangan diminta menganjurk­an aktiviti melibatkan saudara baharu (mualaf) yang memerlukan ilmu asas tentang Islam, sokongan, dorongan dan bimbangan.

“Adalah menjadi salah satu daripada tanggungja­wab PERKIM untuk mendekati mereka dan menghulur bantuan yang diperlukan,” jelas beliau.

Beliau berbangga dengan kejayaan PERKIM Sarawak menerima Anugerah Ketua Menteri di bawah kategori Pertubuhan Wanita Cemerlang pada tahun lalu yang membawa hadiah RM10,000.

Dalam pada itu, bandar raya Miri terpilih sebagai tuan rumah mesyuarat buat kali kedua bermula Jumaat lalu hingga semalam.

Pertama kali pada 2003, mesyuarat pernah diadakan di Sibu, Mukah, Bintulu, Lawas dan Kuching.

Mesyuarat di sini dihadiri 210 ahli terdiri daripada 131 perwakilan dan 84 pemerhati.

PERKIM Sarawak mempunyai 19 cawangan dan setakat 31 Disember 2017, dianggotai 4,586 ahli.

Selain mesyuarat, turut diadakan dialog bersama pengerusi PERKIM, majlis ilmu seminar dan tazkirah, jalinan mahabbah membantu masyarakat memerlukan dan gerai jualan barangan dihasilkan ahli PERKIM.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga merangkap Timbalan Pengerusi PERKIM Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Pengerusi Dua PERKIM Sarawak Datin Noraini Hussin.

 ??  ?? TINGKAT KEFAHAMAN: Hanifah (lima kiri) ditemani Fatimah (empat kiri) mengendali­kan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM di Miri semalam.
TINGKAT KEFAHAMAN: Hanifah (lima kiri) ditemani Fatimah (empat kiri) mengendali­kan Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia