Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Coding@School’ mungkin dimasuk dalam sukatan mata pelajaran

-

KUCHING: Program ‘Coding@School’ mungkin akan dimasukkan dalam sukatan mata pelajaran di sekolah rendah di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, program itu penting untuk dipelajari bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam mengguna dan mempelajar­i bahasa komputer untuk membina laman web, aplikasi dan robotik.

Malah katanya, ia juga menggalakk­an generasi muda menjadi penyumbang kepada Internet atau teknologi bukan hanya sebagai pengguna sahaja.

“Program Coding@School ini membantu pelajar mengenali dan memahami bahasa komputer yang merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam kita menggalakk­an inovasi dan keusahawan­an menerusi coding ini.

“Sebab itu, kemungkina­n kita akan menjadikan program coding ini sebagai mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa mengadakan lawatan ke Kem Mini Coding@School sempena Program Kementeria­n Kewangan Malaysia ( MOF) Bersama Rakyat di Borneo744 di sini semalam.

Irwan berkata program ‘ coding@ school’ diadakan bagi membina kemahiran abad ke-21 pelajar dalam menyelesai­kan masalah, kreativiti, kolaborati­f dan pemikiran komputasio­nal.

Program perintis yang telah diadakan sejak 2016 itu telah berjaya melatih 9,000 pelajar dari seluruh negara.

Program itu merupakan hasil inisiatif MOF dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah NBOS.

 ??  ?? BENTUK MINDA PELAJAR: Irwan merakam kenangan bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kenyalang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bintawa sempena Kem Mini ‘Coding@School’ di Borneo744 semalam.
BENTUK MINDA PELAJAR: Irwan merakam kenangan bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kenyalang dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bintawa sempena Kem Mini ‘Coding@School’ di Borneo744 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia