Utusan Borneo (Sarawak)

JPLS tingkat populasi udang harimau di perairan Belawai

-

BELAWAI: Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) melepaskan 1,000 induk udang harimau di perairan umum Belawai di sini, bagi meningkatk­an populasi spesies udang tersebut.

Pelepasan udang harimau bersaiz purata 40 gram hingga 70 gram itu disempurna­kan penyandang kerusi Parlimen Tanjung Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman pada Program Pelepasan Induk Udang Harimau di perairan umum Belawai dan penyerahan bantuan ‘Touch Point’ daerah Tanjung Manis sempena Program Hari Belia dan Briged Sukarelawa­n Khidmat Negara 2018 di Pantai Belawai, semalam.

Berucap pada majlis itu, Timbalan Pengarah (Pembanguna­n) JPLS Haliza Su- laiman berkata, pelepasan 1,000 ekor induk udang harimau tersebut merupa- kan sumbangan peserta anak angkat Hii Hieng Ing yang beroperasi di Selumit.

“Harapan kita agar pelepasan induk perintis ini akan dapat membiak dan seterusnya menambah populasi udang harimau yang ada di perairan Belawai.

“Beliau (Hii) merupakan salah seorang peserta projek kerajaan yang berjaya dan pihak jabatan (JPLS) merakam jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan beliau,” katanya.

Menurut Haliza, daerah Tanjung Manis, Belawai berpotensi besar dalam sektor perikanan jika sumber berkenaan diteroka secara lestari.

Justeru, menyedari potensi perikanan ini, JPLS sentiasa prihatin terhadap keperluan nelayan, di mana pelbagai bantuan disediakan sama ada secara terus kepada nelayan atau melalui pelaksanaa­n projek pembanguna­n yang memberi faedah kepada seluruh komuniti.

“Dalam bidang akuakultur (ternakan ikan dan udang), kerajaan telah memperuntu­kkan 430 hektar untuk Zon Industri Akuakultur (ZIA).

“Dengan adanya Pusat Pengeluara­n Benih Udang, Belawai yang mengeluark­an benih udang putih, ia akan menjadi pemangkin kepada pembanguna­n sektor akuakultur di Tanjung Manis/Belawai.

“Selain itu, Jabatan Perikanan Laut Sarawak turut mempunyai Kolam Percubaan dan Demonstras­i di Selumit, di mana ini merupakan contoh keberkesan­an dan potensi kawasan ini sebagai ternakan udang dan ikan,” katanya sambil menambah, terdapat 10 kolam udang beroperasi di Kolam Percubaan dan Demonstras­i Selumit atas usaha JPLS.

Di samping itu, menurut Haliza lagi, pada 2017, JPLS telah melabuhkan 35 unit tukun jenis rekreasi di perairan laut Belawai dan jumlah peruntukan yang disediakan hampir RM500,000.

Jelasnya, ini adalah sebahagian daripada projek pembanguna­n disediakan JPLS untuk melestarik­an sumber perikanan.

“Tukun-tukun yang dilabuhkan diharap akan menambah populasi ikan di perairan kita kerana tukuntukun ini akan menjadi tempat pembiakan ikan,” katanya.

 ??  ?? TINGKAT POPULASI: (Dari kanan) Haliza, Hii dan Norah bersama-sama melepaskan induk udang harimau sebagai simbolik Program Pelepasan Induk Udang Harimau di perairan umum Belawai, semalam.
TINGKAT POPULASI: (Dari kanan) Haliza, Hii dan Norah bersama-sama melepaskan induk udang harimau sebagai simbolik Program Pelepasan Induk Udang Harimau di perairan umum Belawai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia