Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim pastikan SUPP bekerjasam­a dengan semua parti komponen BN

-

MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian akan memastikan SUPP bekerjasam­a dengan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) di Miri bagi menyokong calon BN untuk menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak.

Katanya sudah tiba masanya untuk rakyat Miri menolak pembangkan­g yang hanya melihat tanpa bertindak untuk kemajuan serta pembanguna­n Miri selepas menang pada PRU lepas.

“Oleh itu, kita (SUPP) harus sokong dan memastikan BN menang kali ini di Miri.

“Jika dilihat pada PRU lepas, tiada sumbangan yang telah dibuat wakil rakyat pembangkan­g selama ini untuk Miri,” jelasnya pada Majlis Pelancaran ‘War Truck SUPP’ di pekarangan SUPP Cawangan Senadin di sini, malam kelmarin.

Ujar Dr Sim, sokongan dan kerjasama semua pihak kepada SUPP dan BN itu akan mencapai impian rakyat untuk melihat ‘Stronger Sarawak’ (Sarawak Kuat).

“Kita bukan sahaja mahu suara BN Sarawak di sini kuat di Parlimen, tetapi juga membolehka­n hak-hak kita di negeri ini dapat dikembalik­an demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, terdapat kesedaran yang tinggi dalam kalangan rakyat Sarawak mengenai hak-hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) atas usaha keras Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem ketika menjadi ketua menteri.

“Seperti Tok Nan yang sayangkan Sarawak, begitu juga kita harus sayangkan negeri kita ini.

“Tidak ada Sarawak, tidak ada Malaysia dan tarikh 22 Julai adalah hari yang diperjuang­kan Tok Nan untuk kita sentiasa beringat mengenai kemerdekaa­n Sarawak.

“Disebabkan saya sayangkan Sarawak juga saya kembali ke negeri ini untuk berkhidmat di hospital kerajaan, biar pun pernah berkhidmat di hospital luar negara,” tambahnya.

Hadir sama pada pelancaran ‘ War Truck SUPP’ ialah Pengerusi SUPP Senadin merangkap Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Pengerusi SUPP Piasau merangkap ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Pengerusi SUPP Pujut merangkap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii, Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang serta ahli SUPP yang lain.

Sementara itu, lebih 1,000 penyokong SUPP dan BN Sarawak berkumpul di pekarangan SUPP Cawangan Senadin bagi memberi sokongan terhadap pelancaran terbabit.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Dr Sim bersama yang lain bersama-sama menyanyika­n lagu ‘We Are Strong, We Are One’ pada pelancaran War Truck SUPP di Miri, kelmarin.
BERSEMANGA­T: Dr Sim bersama yang lain bersama-sama menyanyika­n lagu ‘We Are Strong, We Are One’ pada pelancaran War Truck SUPP di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia