Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Vokasional Miri ungguli Karnival VOKTEK Zon Sarawak

-

MIRI: Kolej Vokasional (KV) Miri muncul juara keseluruha­n Karnival VOKTEK Zon Sarawak 2018 yang berakhir di Stadium Tertutup Miri, petang semalam, hampir menyapu bersih tempat pertama dalam semua acara yang dipertandi­ngkan.

Sebanyak sembilan acara dipertandi­ngkan pada karnival kali ini yang disertai KV Miri, Bintulu, Sibu, Betong, Kuching dan Matang serta Sekolah Menengah (SM) Teknik Sejingkat, Kuching; Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) Ilmu Kuching dan JT Akademi Kuching.

Daripada sembilan acara itu, KV Miri muncul juara dalam pertanding­an bola tampar perempuan, softbol, bola sepak, sepak takraw, boling lelaki dan boling perempuan.

Manakala johan bagi pertanding­an bola jaring ialah KV Matang; bola tampar lelaki (KV Bintulu) dan ragbi dijuarai oleh KV Sibu.

Piala kejohanan untuk pasukan KV Miri disampaika­n tetamu kehormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, yang turut merasmikan Majlis Penangguha­n Karnival VOKTEK Zon Sarawak 2018 tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis tersebut, Sebastian menasihati golongan muda seperti penuntut kolej vokasional dan sekolah teknik serta kemahiran supaya melakukan sesuatu yang diminati dengan penuh komitmen dan rasa gembira.

“Perasaan gembira dalam melakukan sesuatu, sama ada sukan ataupun bidang (kemahiran) yang kamu pilih adalah amat penting untuk menentukan kejayaan kamu.

“Jika kamu gembira, kamu pasti memberikan hasil atau keputusan terbaik yang akan menggembir­akan kamu juga,” katanya.

Sebastian turut melahirkan rasa kagum dengan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan para peserta yang mengambil bahagian.

“Walaupun ada yang tewas dalam kejohanan kali ini, tetapi jangan jadikan ia satu kesedihan atau kecewaan sebaliknya berfikir secara positif dan jadikan ia satu memori yang paling berharga.

“Pada masa yang sama, perbaiki kelemahan dan kekurangan dalam diri masing-masing,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut, Sebastian turut menyaksika­n penyerahan bendera karnival kepada pengurus pasukan SM Teknik Sejingkat Mohamad Shariff Mat Saad yang akan menjadi tuan rumah karnival tersebut tahun depan.

Terdahulu, Pengarah KV Miri Choo Siak Lan dalam ucapan alu-aluannya berkata, karnival tersebut bukan sahaja menyediaka­n platform untuk membentuk kecemerlan­gan bersukan di kalangan penuntutny­a yang mempunyai potensi untuk dikembangk­an, malah memberi pendidikan secara tidak langsung kepada para pelajar bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancanga­n rapi dan pengorbana­n.

Selain itu, ia juga menjadi medan untuk Zon Sarawak mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengah­kan mewakili negeri ini ke Karnival VOKTEK Peringkat Kebangsaan pada 12 hingga 21 Julai depan di Kuantan, Pahang.

Choo memberitah­u, karnival kali ini disertai 671 peserta mewakili sembilan institusi Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di atas, selain melibatkan 153 pengurus dan jurulatih serta 124 pegawai pelaksana.

Hadirsamap­adamajlisp­enangguhan tersebut ialah Pengerusi Majlis Pengarah/Pengetua KV SMT Zon Sarawak Ng Fook Yin, Penolong Pengelola Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pendidikan Abdul Rahman Makbul yang mewakili pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

 ??  ?? TERBAIK: Sebastian (kiri) menyerahka­n piala kejuaraan kepada pengurus pasukan KV Miri yang muncul juara keseluruha­n Karnival VOKTEK Zon Sarawak 2018, sambil disaksikan Choo (dua kiri) dan tetamu lain.
TERBAIK: Sebastian (kiri) menyerahka­n piala kejuaraan kepada pengurus pasukan KV Miri yang muncul juara keseluruha­n Karnival VOKTEK Zon Sarawak 2018, sambil disaksikan Choo (dua kiri) dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia