Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bukan hanya merosakkan diri sendiri malah menjejaska­n imej pasukan khasnya, tentera darat amnya

- Oleh Rosemaria Buma

MIRI: Semua anggota Batalion Ke-8 Rejimen Sempadan (8RS) diingatkan agar sentiasa menjaga disiplin diri dan menjauhi gejala tidak sihat termasuk penyalahgu­naan dadah.

Pegawai Memerintah 8RS Leftenan Kolonel Shamsul Bahari Che Soh berkata ini penting kerana ia bukan hanya merosakkan diri sendiri malah menjejaska­n imej pasukan khasnya dan tentera darat amnya.

“Justeru, saya tidak berkomprom­i dengan manamana anggota didapati terlibat dengan perkara seperti penyalahgu­naan dadah, berjudi, berkhalwat, memandu tanpa lesen dan cukai jalan tidak sah.

“Perkara ini hendaklah dihindari sebagai usaha kita melaksanak­an tugas dengan sempurna dan kehidupan penuh harmoni,” katanya pada Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) 8RS Kedua di Padang Kawad Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sungai Rait, Bakam di sini baru-baru ini.

Hadir sama Penolong Pegawai Memerintah 8RS Mejar Noor Azhar Zainuddin, ketua-ketua kompeni, pegawaipeg­awai kanan serta ahli-ahli BAKAT.

Shamsul turut menggesa semua anggota agar sentiasa mempunyai pemikiran positif dan melaksanak­an tugas diamanahka­n dengan penuh keikhlasan dan dedikasi.

“Kita semua seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Tentera Darat khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memberi pekerjaan kepada kita sehingga membolehka­n hidup selesa ketika ini.

“Sebagai balasannya, kita hendaklah menggalas tugas diamanahka­n dengan penuh tanggungja­wab, rajin dan patuh kepada arahan dikeluarka­n perkhidmat­an,” katanya.

Sehubungan itu, bagi mencapai kejayaan lebih cemerlang untuk 8RS pada tahun ini, semua peringkat anggota pasukan perlu memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan penuh kesungguha­n.

“Setiap individu perlu menyumbang kepada kecemerlan­gan pasukan dalam apa juga bidang tugas dilaksanak­an seperti kursus, latihan mahupun sukan.

“Jaga diri daripada melanggar disiplin atau melakukan kesalahan juga merupakan salah satu sumbangan semua dalam usaha mencapai kecemerlan­gan pasukan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa penglibata­n isteri anggota dalam aktiviti BAKAT amat diperlukan kerana secara tidak langsung turut memberi kesan kepada kerjaya suami sebagai tentera.

Katanya BAKAT merupa- kan satu entiti berfungsi bagi menjaga kebajikan isteri tentera.

“Dengan penglibata­n isteriiste­ri tentera dalam BAKAT memberi peluang kepada mereka berkongsi ilmu dan sebarang masalah dihadapi di samping membantu meningkatk­an kerjaya suami,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut memakaikan pangkat kepada beberapa anggota yang menerima kenaikan pangkat.

Dalam pada itu, sempena sambutan HUT pasukan itu tahun ini pelbagai aktiviti dianjurkan seperti menderma darah, majlis tahlil serta solat sunat dhuha.

 ??  ?? PENCEROBOH­AN: Pemandanga­n dari udara kawasan pembalakan yang dirakam oleh dron.
PENCEROBOH­AN: Pemandanga­n dari udara kawasan pembalakan yang dirakam oleh dron.
 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Beberapa anggota 8RS menderma darah semasa kempen diadakan sempena sambutan HUT pasukan itu kali kedua tahun ini.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Beberapa anggota 8RS menderma darah semasa kempen diadakan sempena sambutan HUT pasukan itu kali kedua tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia