Utusan Borneo (Sarawak)

Ada pihak mahu hapuskan pinjaman PTPTN demi memancing undi

-

BESUT: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak menghargai apa yang telah disumbangk­an menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, terdapat juga pihak yang mahu menghapusk­an pinjaman PTPTN demi memancing pengundi yang kononnya mampu mempraktis­kan pendidikan percuma sedangkan ia adalah sesuatu yang mustahil.

“Dengan adanya PTPTN yang memberi pinjaman kepada pelajar... kira- kira 200,000 lepasan STPM, STAM dan SPM dapat belajar di IPTA dalam dan di luar negara,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) Pejabat Pendidikan Besut di sini semalam.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata hakikatnya ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan telah membiayai kira-kira 90 peratus daripada kos pembelajar­an bagi mereka yang memasuki IPTA manakala yang selebihnya tanggungan sendiri menerusi PTPTN.

Beliau berkata PTPTN perlu diteruskan bagi membolehka­n mereka yang berkelayak­an memasuki universiti tanpa menghadapa­i masalah kewangan.

“PTPTN bukan setakat memberi pinjaman malah turut mengeluark­an banyak kebajikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC),” katanya.

Idris berkata sepanjang tahun ini, PTPTN telah meluluskan sebanyak RM1.944 juta kepada seramai 1,944 pendidik yang memperoleh­i Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) dengan setiap seorang memperoleh­i RM1,000 dalam bentuk SSPN1M-i.

Pada majlis itu, seramai 285 petugas Jabatan Pendidikan daerah Besut menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang. — Bernama

Dengan adanya PTPTN yang memberi pinjaman kepada pelajar...kira-kira 200,000 lepasan STPM, STAM dan SPM dapat belajar di IPTA dalam dan di luar negara. Datuk Seri Idris Jusoh Menteri Pendidikan Tinggi

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Mahdzir (tiga kanan) meletakkan plak pelancaran pada pohon Muafakat sambil diperhatik­an Mazlan (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Kita Recycle 2018-ekolahku Indah di SMK Padang Terap, Padang Terap semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Mahdzir (tiga kanan) meletakkan plak pelancaran pada pohon Muafakat sambil diperhatik­an Mazlan (dua kanan) pada Majlis Pelancaran Kita Recycle 2018-ekolahku Indah di SMK Padang Terap, Padang Terap semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU PERSIAPAN: Raja Mohamed melihat kereta perisai tentera darat ketika membuat tinjauan persiapan terakhir Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC), di ibu negara...
— Gambar Bernama TINJAU PERSIAPAN: Raja Mohamed melihat kereta perisai tentera darat ketika membuat tinjauan persiapan terakhir Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC), di ibu negara...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia