Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia kutuk penggunaan senjata kimia di Syria

-

KUALA LUMPUR: Malaysia amat bimbang penggunaan senjata kimia dan serangan udara akan memburukka­n lagi keadaan konflik di Syria dan sekali gus meningkatk­an penderitaa­n penduduk awam di negara itu serta menjerumus­kan seluruh rantau berkenaan ke kancah kerumitan.

Dalam kenyataan semalam, Wisma Putra berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam apa jua keadaan kerana ia merupakan perbuatan keji dan mencabul undang-undang antarabang­sa, manakala mereka yang melakukann­ya perlu dihukum.

“Malang sekali, dalam konteks Syria, perkara itu tidak mungkin dapat dilakukan berikutan kegagalan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi persetujua­n terhadap penggunaan suatu mekanisme bagi menuntut kebertangg­ungjawaban secara berkesan tentang penggunaan senjata kimia di negara itu. Malaysia bersama- sama Setiausaha Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) dalam menyuaraka­n kekecewaan kami berhubung kegagalan itu,” kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata Malaysia juga amat prihatin dengan serangan udara bersama yang dilancarka­n Amerika Syarikat, Perancis dan United Kingdom di Syria pada 14 April.

Katanya, Malaysia sentiasa yakin bahawa dalam menangani hal berkaitan keamanan dan keselamata­n, semua pihak perlu bertindak sejajar dengan Piagam PBB dan undangunda­ng antarabang­sa, yang memperuntu­kkan bahawa Majlis Keselamata­n PBB mempunyai tanggungja­wab penting untuk memelihara keamanan dan keselamata­n.

Katanya, Malaysia juga percaya penyelesai­an secara ketenteraa­n tidak sekali-kali mampu menamatkan konflik di Syria dan oleh itu, ia menggesa semua pihak terlibat supaya mencari penyelesai­an politik melalui dialog dan rundingan.

Menurut Wisma Putra, untuk mencapai perkara itu, semua pihak, pertama sekali, perlu mempamerka­n kesabaran dan mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh memburukka­n lagi konflik sedia ada agar tidak menambah penderitaa­n yang sedang ditanggung rakyat Syria.

“Majlis Keselamata­n PBB perlu mengetepik­an perasaan sakit hati dan dendam, sebaliknya bersatu bagi menunaikan tanggungja­wab mereka menghentik­an pertumpaha­n darah serta berusaha mewujudkan keamanan dan keselamata­n di negara yang dicengkam masalah itu.

“Seluruh masyarakat antarabang­sa perlu mengambil tindakan segera bagi menangani krisis kemanusiaa­n yang terus menimbulka­n trauma dalam kalangan rakyat Syria. Malaysia sentiasa bersedia untuk memainkan peranannya,” kata kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia