Utusan Borneo (Sarawak)

Pempamer DSA 2018 puas hati, ruang lebih luas

-

KUALA LUMPUR: Pempamer Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 amat berpuas hati dengan ruang yang lebih luas dan selesa di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC), di sini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, dengan keluasan 43,000 meter persegi di MITEC, sekali gus pempamer boleh menonjolka­n produk mereka dan tidak akan terselindu­ng di ruang yang kecil.

Beliau berkata dengan persiapan DSA dan NATSEC Asia 2018 yang begitu rapi, ia secara tidak langsung akan membuahkan hasil baik serta meletakkan imej negara ini berada pada tahap yang tinggi khususnya dalam pameran pertahanan.

“Saya telah tanya beberapa syarikat pempamer pertahanan luar negara, mereka memuji ruang MITEC yang strategik dan terbaik,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan persiapan DSA dan NATSEC Asia 2018 di MITEC, semalam.

Ditanya mengenai penyertaan pempamer syarikat pertahanan pada DSA dan NATSEC Asia 2018 kali ini, Raja Mohamed Affandi berkata ia meningkat kepada 280 setakat semalam berbanding 260 pada tahun 2016.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata penganjura­n pameran berkenaan memberi impak positif kepada negara dengan dan dengan adanya teknologi canggih dalam pameran, ia memberi idea kepada pihak berkuasa untuk memperting­katkan aspek keselamata­n dan pertahanan negara.

“Sebarang ancaman luar dapat diatasi dan saya berterima kasih kepada pihak-pihak berkenaan dalam membantu menjayakan pameran ini,” katanya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Majlis pembukaan DSA edisi ke-16 itu dijadual disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein malam ini.

DSA merupakan acara dwitahunan yang diadakan sejak 1988. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia