Utusan Borneo (Sarawak)

SPAD nafi tohmahan mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menegaskan tohmahan di media sosial kononnya ‘ para pemandu menjadi marah selepas diberitahu Kad Bantuan Teksi 1Malaysia hanya akan diberikan selepas pilihan raya’ adalah dakwaan palsu.

Suruhanjay­a itu dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis supaya penyebar berita tersebut disiasat pihak berkuasa, jika dakwaan liar itu masih berleluasa.

“Dakwaan tersebut adalah palsu kerana ribuan pemandu telah mengambil kad masingmasi­ng selepas kad bantuan dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 13 April di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS), malahan kesemua kad telah diaktifkan sebaik sahaja diambil pemandu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pemandu teksi tidak perlu risau kerana SPAD telah menyediaka­n 67,000 kad bantuan yang boleh diambil dalam tempoh tiga bulan bermula hari ini sehingga 16 Julai depan.

Pemandu teksi boleh mengambil kad bantuan berkenaan dari pejabat-pejabat cawangan SPAD, tertakluk kepada waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am setempat.

Menurut kenyataan itu, tarikh dan tempat pengam- bilan bagi para pemandu teksi di Sabah dan Sarawak pula akan diumumkan dalam masa terdekat oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) di negeri berkenaan.

“Semua kad bantuan akan diaktifkan setelah diambil oleh pemandu teksi dan mereka boleh membelanja­kan nilai sehingga RM800 untuk pembelian petrol dan NGV di stesen-stesen Petronas di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia boleh dilayari di laman web www. spad. gov. my/ ms/ pengusaha- kenderaan/ teksi/ kad-bantuan-teksi-1malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia