Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa juga diminta menjadi penjamin untuk pinjaman RM40,000

-

KUANTAN: Seorang peniaga kerugian RM46,248.48 selepas diperdaya untuk melibatkan diri sebagai rakan kongsi tidak aktif dalam projek ternakan ayam yang tidak wujud, sejak tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 34 tahun mendakwa dipelawa lelaki bernama Awai untuk terlibat dengan projek pembesaran kawasan ternakan ayam di Sungai Ruah, Raub.

Mangsa, katanya telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM12,000 yang dijelaskan dalam beberapa transaksi ke dalam akaun bank syarikat yang didakwa milik tunggal syarikat Awai sejak 12 Mac 2017.

“Bagaimanap­un sejak 16 Mac 2017, Awai didakwa telah beberapa kali meminta mangsa memasukkan wang yang didakwa sebagai wang membeli makanan ayam, membeli anak ayam dan barang untuk melaksanak­an projek itu.

“Selain itu, mangsa juga mendakwa Awai meminta dirinya untuk menjadi penjamin dirinya bagi mendapatka­n pinjaman sebanyak RM40,000 daripada seorang pemberi pinjaman di Bentong kerana mendakwa projek ternakan itu mengalami kerugian,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir menambah mangsa juga mendakwa pernah melihat Awai memindahka­n ayam dari ladang ter-

Bagaimanap­un sejak 16 Mac 2017, Awai didakwa telah beberapa kali meminta mangsa memasukkan wang yang didakwa sebagai wang membeli makanan ayam, membeli anak ayam dan barang untuk melaksanak­an projek itu. Supt Mohd Wazir Mohd Yusof Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang

nakan itu kerana mendakwa dihalau oleh pemilik tanah.

Katanya, mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub kelmarin, selepas berasakan dirinya ditipu kerana tidak pernah menerima pulangan daripada pelaburann­ya selain tidak dapat menghubung­i Awai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara maksimum selama 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAPORAN POLIS: Mohamad Yusri (tengah) menunjukka­n laporan polis yang dibuat berkaitan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang memuat naik gambar berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ibu Pejabat Polis Daerah...
— Gambar Bernama LAPORAN POLIS: Mohamad Yusri (tengah) menunjukka­n laporan polis yang dibuat berkaitan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook yang memuat naik gambar berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ibu Pejabat Polis Daerah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia