Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kemaman sambut baik khidmat bas ulang-alik

-

KEMAMAN: “Nok cari duana, dok payoh bayor nok gi bandor?” (Mana hendak cari, tidak perlu bayar nak ke bandar).

Daripada kanak- kanak hinggalah warga emas, ungkapan itu sentiasa diluah apabila memperkata­kan tentang khidmat bas ulangalik atau bas I Love Kemaman yang beroperasi di daerah ini.

Bermula jam 7 pagi hingga 6 petang, bas berkenaan akan mula menjengah beberapa buah kampung bagi membantu orang ramai ke pejabat kerajaan, sekolah malah ke hospital.

Lebih menarik ia adalah percuma malah orang kampung mengakui pada kebiasaann­ya mereka akan menangguhk­an pelbagai urusan kerana memikirkan tiada perkhidmat­an awam yang mampu membawa mereka ke bandar selain perlu menaiki teksi atau ‘ prebet sapu’ dengan kos melebihi RM20 bagi setiap perjalanan.

Perkhidmat­an bas yang dilancarka­n kelmarin, telah pun memulakan operasi sejak enam bulan lalu itu adalah hasil idea Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan menelan kos lebih RM400,000 setahun yang dibiayai hasil sumbangan badan korporat serta orang perseorang­an.

Meskipun mendapat halangan tertentu namun anak jati Terengganu itu tetap mahu meneruskan hasratnya kerana memahami kesukaran yang perlu dilalui orang kampung terutama bagi mereka yang kurang berkemampu­an dan tiada kenderaan lain selain motosikal.

“Ada orang anggap, perkhidmat­an bas di bandarband­ar kecil sebegini tidak praktikal kerana tiada penumpang dan akan merugikan kos.

Tetapi, perkhidmat­an bas masih diperlukan sesetengah pihak. Sebab itu kita laksanakan kerjasama dengan beberapa badan korporat dan laksanakan program berbentuk tanggungja­wab sosial korporat ( CSR) sebegini.

“Ini adalah fasa pertama yang mana kita sediakan dua buah bas percuma bermula dari Kuala Kemaman yang bergerak ke 21 hentian melalui beberapa kampung setiap satu jam.

Insya- Allah, kita akan perluaskan lagi perkhidmat­an bas ini di beberapa kampung lain termasuk dari Kerteh ke Chukai dan dari Kampung Air Putih ke Chukai selepas ini,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Kemaman.

Setakat ini, dua buah bas disediakan dan sekiranya Barisan Nasional ( BN) masih diberi mandat untuk memerintah, penduduk sekitar mungkin akan menikmati lebih banyak perkhidmat­an itu malah akan dilancarka­n perkhidmat­an bas elektirk dan juga bas berkonsepk­an ‘hop on hop off’ untuk menarik pelancong.

Seorang penduduk, Hasmah Mamat, 68 dari Kampung Mak Lagam menjadikan bas tersebut sebagai kenderaan rasminya untuk berulang alik ke tempat kerjanya di bandar Chukai.

“Sebelum ni mak cik terpaksa mengupah orang RM100 sebulan untuk hantar dan ambil dari tempat kerja. Alhamdulil­lah… lepas ada bas ni, memang ringan sikit beban mak cik. Sekurangku­rangnya jimatlah RM100 sebulan. Lagipun gaji mak cik tak lah tinggi, hanya RM1,000 sebulan, hanya cukup makan sahaja.

“Pemandu bas pun memang tahu makcik penumpang tetap. Kadang-kadang kalau mak cik lambat, dia (pemandu bas) akan tunggu mak cik… memang baguslah ada bas ni.

Makcik berterima kasih sangat-sangat dekat Datuk Shabery, kami orang kampung pun panggil bas ni bas Datuk Shabery!” katanya yang bekerja sebagai tukang sapu di sebuah masjid di daerah tersebut.

Bagi Aziah Abdullah, 58 dari Kampung Paya Berenjut, beliau menggunaka­n bas tersebut untuk pergi ke bandar, klinik dan membeli belah di pasar raya sekitar daerah itu.

“Memang mudoh (mudah) sungguh urusan lepas ada bas ni.

Dok payah ( tak perlu) nak tambang van ke prebet (sapu) ke.

Untuk wanita macam saya, memang senang nak gi manamana.

Dok payah bergantung ke orang lain, kerja pun tak dok (tak ada) yang tertangguh... makcik baharu lagi naik bas ni beberapa hari lepas, gi bandar buat cermin mata.

“Kawan- kawan makcik pun ada kabo (bagi tahu), nak gi ngaji kampung lain pun senang lening (sekarang).

Nak gi dengar ceramah kat masjid di bandar pun mudah. Kita orang kampung, tak semua orang ada kereta…tak payah fikir panjang doh, senang ada bas ni. Selamat pun selamat,” kata suri rumah berkenaan.

Sementara itu, Tuan Silek Semiran, 82, dari Kampung Paya Berenjut berkata bas tersebut bukan hanya digunakan golongan dewasa dan warga emas untuk ke bandar, malah turut digunakan golongan pelajar untuk ke sekolah dan institusi pengajian tinggi di kawasan sekitar.

“Bukan pakcik dengan orang tua je naik bas ni. Pagipagi penuh budak sekolah naik bas Datuk Shabery! Ibu bapa tak payah risau sebab bas tu memang lalu kawasan sekolah. Jimatlah duit bahagian tambang bas.

“Pakcik suka tengok situasi macam ni, kami orang kampung pun jadi mesra. Naik bas ramai-ramai, yang lama tak jumpa pun boleh sembang-sembang dalam bas. Biasanya, kalau nak gi (pergi) pasar, pakcik ajak kawankawan, kami gi ramai-ramai,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Ahmad Shabery melakukan gimik Pelancaran Bas Shuttle di Kampung Paya Berenjut dekat Kemamn, semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Ahmad Shabery melakukan gimik Pelancaran Bas Shuttle di Kampung Paya Berenjut dekat Kemamn, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MULA BEROPERASI: Ahmad Shabery (tengah) bersama kanakkanak menaiki perkhidmat­an ‘shuttle bus’ percuma bersama penduduk pada Pelancaran Bas Shuttle.
— Gambar Bernama MULA BEROPERASI: Ahmad Shabery (tengah) bersama kanakkanak menaiki perkhidmat­an ‘shuttle bus’ percuma bersama penduduk pada Pelancaran Bas Shuttle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia