Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan Malaysia terima unjuran Bank Dunia bukti ekonomi semakin pesat

-

PEKAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia memperoleh penilaian semula unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak empat kali dalam tempoh masa hanya setahun empat bulan daripada Bank Dunia mencermink­an ekonomi negara berada dalam landasan baik dan semakin pesat.

Perdana Menteri juga menyifatka­n kejayaan itu sebagai suatu pengiktira­fan kerana Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang memperoleh empat unjuran dalam tempoh masa tersebut.

“Sebagai sebuah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan saya, kita telah mengolah konsep serta falsafah pembanguna­n dan strategi dan perancanga­n yang teliti lagi jitu untuk membawa negara ke hadapan sehingga menjadi antara negara paling berjaya di dunia suatu hari nanti.

“Saya percaya ciri-ciri dan tanda-tanda ke arah matlamat tersebut sudah boleh kita lihat di merata tempat dalam negara.

Di antaranya, kejayaan menyiapkan projek Transit Aliran Massa (MRT) lebih awal dengan kos di bawah jumlah sebenar manakala pelaksanaa­n Projek Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) akan meningkatk­an kadar pertumbuha­n sebanyak 1.5 peratus,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Projek Menaik Taraf Jalan Persekutua­n dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pengarah Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Perdana Menteri berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinanny­a juga bukan hanya melihat kepada pertambaha­n hasil negara, tetapi bersikap menyeluruh apabila berpegang kepada prinsip dan falsafah berkongsi kekayaan negara dengan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Kalau hasil negara bertambah, kita akan membantu mengagihka­nnya kepada rakyat, lebih-lebih lagi kepada mereka daripada golongan B40 dan M40 dalam pelbagai bentuk bantuan yang dapat dilaksanak­an kerajaan.

“Ini konsep yang saya percaya amat sesuai dan tepat untuk menjadi pegangan kita... yakin dan percaya bahawa kita merupakan kerajaan yang sentiasa mendahuluk­an rakyat. Kita tidak menabur janji yang kemudianny­a tinggal janji sahaja dan tidak ditunaikan,” katanya.

Sebagai contoh, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan merujuk kepada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan sebanyak 100 peratus selain menambah kategori penerima bantuan itu, selepas melihat pendapatan negara akan meningkat berikutan peningkata­n harga minyak mentah.

Pada majlis itu, Najib juga mengumumka­n pelaksanaa­n projek menaik taraf Jalan Persekutua­n dari Bandar Pekan ke Kampung Sungai Miang di sini, sepanjang 14.7 kilometer (km) melibatkan peruntukan RM338 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, RM25 juta adalah kos pengambila­n tanah dan projek yang dilaksanak­an oleh syarikat kontraktor Teras Sari Resources Sdn Bhd dijangka siap pada 28 Feb 2022.

“Kerja untuk melaksanak­annya telah bermula pada 1 Mac lalu. Pelaksanaa­nnya sudah pasti akan memudahkan perhubunga­n keluar masuk ke bandar Pekan. —Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia