Utusan Borneo (Sarawak)

Najib tidak lupa masyarakat di luar bandar: Mohamad

-

SEREMBAN: Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar dilayan dengan adil terutamany­a dalam soal pembanguna­n yang dilaksanak­an Barisan Nasional (BN) selama ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perancanga­n pembanguna­n metropolis bertaraf dunia, Lembah Wawasan Malaysia (MVV) akan membolehka­n kerajaan negeri menyalurka­n semula hasil pendapatan kepada kawasan luar bandar.

“Negeri Sembilan negeri kecil dan kita sekarang dah ada rizab melebihi RM500 juta... cukup kerana kos operasi kita sangat rendah...saya tak pernah bawa trip dari luar negara ke apa tetapi mencurah-curah orang melabur di Negeri Sembilan.

“Lebih RM500 juta kita akan terus sumbang kepada perbelanja­an pembanguna­n. Macam tahun lepas saya dapat bentangkan lebihan bajet RM117 juta dan semuanya kita salurkan terus yang mana kita bagi dan pulangkan semula kepada rakyat untuk kita pastikan kita dapat buat dasar pemulihan bandar dan bermacam-macam lagi,” katanya.

Mohamad berkata dengan lebihan yang diperoleh kerajaan, sebuah pengangkut­an rentas desa akan diwujudkan bagi menghubung­kan semua kampung-kampung kecil di negeri ini.

“Sekarang kita di bandar ada (bas) City Liner, dan kawasan luar bandar kita akan buat dengan MARA (Majlis Amanah Rakyat). Kita akan memberi subsidi kepada bandar kerana sistem pengangkut­an awam luar bandar ni memang takkan untung...jadi kita akan subsidi dalam masa lima tahun.

“Dalam masa lima tahun MARA akan pulangkan kepada kerajaan negeri dan kita telah pun beritahu setiap daerah supaya ditubuhkan koperasi-koperasi kerjasama di mukim-mukim di daerah... nanti ambil alih aset ini secara percuma dan kendalikan pengangkut­an awam anda sendiri…jadi takkan ada isu lagi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata hanya di bawah kerajaan BN, Dasar Perluasan Kampung diperkenal­kan dengan tanahtanah kerajaan dipecah lot dan diwujudkan sebuah perkampung­an dengan infrastruk­tur yang canggih, moden dan terbaik.

“Di Jelebu banyak yang kita akan buat.

Kita dah buat dah satu melalui Dasar Perluasan Kampung di Simpang Durian dan ada lebih kurang 200 peserta. Kita dah bekerjasam­a dengan SPNB (Suruhanjay­a Perumahan Negara Berhad) dan mereka akan buatkan rumah... ini yang kita buat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi BN Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata dalam tempoh BN memerintah, Jelebu misalnya, satu daripada kawasan luar bandar di negeri ini, mengalami perubahan ketara terutama dari segi pembanguna­n dan kemudahan infrastruk­tur yang ditambah baik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia