Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita perlu terus sokong BN untuk manfaat ekonomi

-

PEKAN: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyeru golongan wanita terutama di kawasan Parlimen Pekan supaya terus menyokong Barisan Nasional (BN) bagi memastikan limpahan manfaat ekonomi dan kemudahan kepada golongan itu pada masa hadapan.

Katanya kaum wanita harus menilai perjuangan dan sumbangan BN sejak sekian lama yang bukan sahaja mempunyai rekod khidmat yang baik, malahan mempunyai manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang mendahuluk­an kebajikan kaum wanita dan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Dalam Manifesto Barisan Nasional baru-baru ini, sekali lagi keutamaan diberikan kepada golongan wanita.

“Aku janji ini melambangk­an komitmen Barisan Nasional untuk memperkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita yang berkerjaya serta meletakkan golongan ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Memperkasa Wanita dan Penyampaia­n Sumbangan kepada Badan-Badan NGO Wanita Parlimen Pekan, di sini semalam.

Majlis anjuran Pertubuhan Perkumpula­n Perempuan Daerah Pekan bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 itu dihadiri 800 anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan wanita di Parlimen Pekan.

Rosmah berkata sebagai contoh, BN akan menubuhkan Majlis Ekonomi Wanita yang akan dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selain rancangan untuk mewujudkan sebuah pusat transforma­si usahawan wanita bagi memperkasa­kan ekonomi golongan hawa.

Dalam pada itu, beliau turut mengingati peserta seminar itu supaya tidak terperdaya dengan tohmahan dan dakyah yang sering ditaburi pembangkan­g terhadap kerajaan.

“Rakyat perlu sedar bahawa agenda politik pihak pembangkan­g hanya untuk menguasai kerajaan tetapi mereka langsung tiada kesatuan dalam menjalin kerjasama antara sesama mereka.

“Sedangkan BN sejak sekian lama telah membuktika­n kecemerlan­gan dalam membentuk kerajaan yang mantap dan sentiasa mengotakan janji-janjinya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Rosmah (tengah) tiba bagi merasmikan Seminar Memperkasa­kan Wanita dan Penyampaia­n Sumbangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Parlimen Pekan, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Rosmah (tengah) tiba bagi merasmikan Seminar Memperkasa­kan Wanita dan Penyampaia­n Sumbangan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Parlimen Pekan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia