Utusan Borneo (Sarawak)

Sikap membisu Azmin terhadap tuntutan SPLASH dipersoalk­an

-

DENGKIL: Barisan Nasional (BN) Selangor semalam mempersoal­kan sikap membisu Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung isu tuntutan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd ( SPLASH) terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bernilai RM4.22 bilion baru- baru ini.

Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar berkata, sikap membisu Mohamed Azmin tidak boleh diterima kerana rakyat berhak mengetahui sama ada kerajaan negeri mengalami krisis kewangan berikutan salah urus kewangan negeri dan SYABAS.

“Kerajaan negeri Selangor pada masa ini berisiko bankrap kerana rizab kerajaan negeri hanya RM3 bilion sedangkan tuntutan yang difailkan SPLASH terhadap SYABAS ialah RM4.22 bilion,” katanya yang juga Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar - Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) Kejiranan Indah di Taman Gemilang, di sini semalam.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Kerajaan Persekutua­n Negeri Selangor menjelaska­n, SPLASH sebelum ini pernah mendedahka­n bahawa selepas kerajaan negeri Selangor mengambil alih 100 peratus SYABAS pada 2015, kerajaan negeri tersebut hanya membayar 36 peratus daripada jumlah keseluruha­n bil tertunggak SPLASH.

Jelas beliau, SPLASH berkemungk­inan memenangi tuntutan ke atas Syabas kerana ia merupakan bil tertunggak. Isnin lepas, SPLASH yang merupakan anak syarikat 40 peratus dimiliki Gamuda Bhd menyerahka­n writ, bersamasam­a dengan pernyataan tuntutan, kepada SYABAS bagi menuntut semua bayaran tertunggak yang terhutang oleh SYABAS berjumlah RM4.22 bilion.

Kata Noh, selagi masalah air tidak selesai di Selangor sebarang pembanguna­n, baik projek perumahan mahupun hospital tidak akan membawa sebarang makna.

Mengenai kunci rumah yang diserahkan semalam, beliau berkata, ia merupakan projek pembinaan semula tiga unit rumah terbakar di Taman Gemilang di sini secara NBOS yang setiap satunya bernilai RM40,000 seunit.

Ketiga-tiga rumah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Mac tahun lepas yang mengorbank­an nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia