Utusan Borneo (Sarawak)

Terengganu cadang wujudkan sekolah sukan di DUN Jabi

-

BESUT: Kerajaan Terengganu bercadang menjadikan Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di sini sebagai sekolah sukan, iaitu sekolah sukan pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata langkah itu selaras dengan kedudukan Kompleks Sukan Mini Jabi yang akan dibina tidak jauh dari kawasan sekolah berkenaan bermula Mei depan.

“Cadangan menjadikan SK Jabi sebagai perintis sekolah sukan di DUN ini akan dikemukaka­n kepada Kementeria­n Belia dan Sukan,” katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat peringkat DUN Jabi dekat sini, semalam.

Turut hadir penyandang kerusi DUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie.

Pada majlis sama, Ahmad Razif melakukan pecah tanah kompleks sukan mini berkenaan, yang akan dibangunka­n di kawasan seluas kira-kira 2.025 hektar.

Kompleks sukan mini bernilai kira-kira RM9 juta itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk padang bola dan balapan bertaraf antarabang­sa.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata, penubuhan sekolah rendah sukan terbabit diyakini mampu memperkasa lagi usaha kerajaan negeri untuk mengesan lebih ramai bakat baharu dalam bidang sukan terutama melibatkan acara balapan dari peringkat awal lagi.

“Ia disasar menjadi kesinambun­gan kepada kecemerlan­gan sukan yang dirintis Terengganu pada masa ini seperti jaguh berbasikal negara, Azizul Hasni Awang sekali gus menyumbang kepada kegemilang­an negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MERIAH: Mohd Sharkar (empat kiri) bersama pimpinan Barisan Nasional (BN) Temerloh pada program Mini Karnival Orang Muda anjuran Puteri UMNO Temerloh di Dataran Temerloh semalam.
— Gambar Bernama MERIAH: Mohd Sharkar (empat kiri) bersama pimpinan Barisan Nasional (BN) Temerloh pada program Mini Karnival Orang Muda anjuran Puteri UMNO Temerloh di Dataran Temerloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia